Pecah amanah barang kemas majikan, bekas jurujual didakwa

Bekas jurujual di sebuah kedai emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan pecah amanah dengan mengambil barang kemas milik majikannya.Gambar hiasan
Bekas jurujual di sebuah kedai emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan pecah amanah dengan mengambil barang kemas milik majikannya.Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas jurujual di sebuah kedai emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan pecah amanah dengan mengambil barang kemas milik majikannya.

Ayu Siti Sofea Kamaruzaman @ Kamarulzaman, 27, didakwa melakukan perbuatan itu dengan mengambil dua hook (cangkuk) emas pada dua utas rantai emas milik majikannya bagi kegunaan tertuduh sendiri, di sebuah kedai emas di Wangsa Maju, di sini pada 15 Oktober lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan dengan sebat dan juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Raihanah Abd Razak tidak menawarkan jaminan manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan rendah atas alasan menanggung tiga anak termasuk seorang bayi yang masih menyusu badan.

Hakim, Hamidah Mohamed Deril yang menetapkan sebutan kes pada 9 Disember ini membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!