107 warga FKPM lafaz ikrar bebas rasuah

Majlis Ikrar Bebas Rasuah FKPM, di sini pada pagi Jumaat.
Majlis Ikrar Bebas Rasuah FKPM, di sini pada pagi Jumaat.
A
A
A

Shah Alam - Seramai 107 kakitangan akademik dan pentadbiran Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sebagai komitmen membanteras jenayah rasuah dalam kalangan warganya, di sini pada Jumaat.

Dekan FKPM, Profesor Madya Dr Abd Rasid Abd Rahman berkata, IBR merupakan peringatan kepada setiap individu di fakulti berkenaan agar menjauhi amalan rasuah.

Seramai 107 kakitangan akademik dan pentadbiran FKPM UiTM melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sebagai komitmen membanteras jenayah rasuah dalam kalangan warganya, di sini pada Jumaat.
Seramai 107 kakitangan akademik dan pentadbiran FKPM UiTM melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sebagai komitmen membanteras jenayah rasuah dalam kalangan warganya, di sini pada Jumaat.

"Majlis Ikrar Bebas Rasuah yang kita adakan pada hari ini mencerminkan komitmen warga FKPM untuk membudayakan integiriti dalam setiap aspek kerja kami.

"Sebagai warga FKPM kami percaya bahawa integriti dan etika professional adalah asas utama untuk mengekalkan imej dan kredibiliti organisasi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ikrar Bebas Rasuah FKPM, di sini pagi Jumaat.

Hadir sama, Penolong Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Rosmadi Kassim.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!