Proses satu tan ubi kayu jadi debu putu halba

Siti Shafikah (kanan) yang membuat siaran langsung jualan debu putu halba secara dalam talian.
Siti Shafikah (kanan) yang membuat siaran langsung jualan debu putu halba secara dalam talian.
A
A
A

TUMPAT - Musim monson Timur Laut (MTL) di negeri Kelantan idak lengkap tanpa putu halba.

Kudapan istimewa yang muncul hanya ketika musim tengkujuh itu memberi sumber pendapatan kepada ramai penduduk di negeri ini.

Proses membersihkan ubi kayu dibantu oleh pekerja Siti Shafikah (kiri).
Proses membersihkan ubi kayu dibantu oleh pekerja Siti Shafikah (kiri).

Bagi Siti Shafikah Mohamad Suhaimin, 31, dari Kampung Teluk Jering di sini, berkata, dia memproses satu tan ubi kayu bermula jam 8.30 pagi hingga 12 malam setiap hari sewaktu musim MTL bagi menghasilkan tepung putu halba atau dipanggil debu putu.

Kongsinya, kemahiran menghasilkan debu putu asli 100 peratus menggunakan ubi kayu itu diwarisi daripada arwah bapanya, Mohamad Suhaimin Mamat sejak lima tahun lalu.

Ubi kayu yang dikupas kulit sebelum dimasukkan ke dalam mesin pengisar.
Ubi kayu yang dikupas kulit sebelum dimasukkan ke dalam mesin pengisar.

“Saya teruskan perniagaan warisan arwah bapa untuk membuat debu putu halba bagi menjaga keaslian ubi kayu kerana prosesnya juga rumit bermula daripada kupas, basuh kotoran yang melekat padaubi, bilas dan kemudiannya baru dimesin.

“Lepas itu, ia akan dikeringkan 80 peratus sebelum diayak untuk membuang baki kulit yang masih ada sebelum dibungkus untuk dipasarkan kepada pelanggan,” katanya ketika ditemui pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Debu putu halba yang siap dibungkus dan disimpan dalam peti sejuk beku.
Debu putu halba yang siap dibungkus dan disimpan dalam peti sejuk beku.

Anak kelapan daripada sembilan beradik itu memberitahu, permintaan debu putu itu hanya akan diperolehi pada musim tengkujuh sahaja.

“Sebab itu, saya mula memproses debu putu ini bermula hujung September dan akan berakhir pada awal Januari.

“Walaupun Februari biasanya masih banjir, namun pada waktu hujung-hujung musim tengkujuh, permintaan debu putu akan menurun dan terus tiada,” katanya yang menggunakan ubi kayu putih dan kuning yang ditanam sendiri dan juga diperolehi dari pembekal di Bachok.

Proses mengisar ubi kayu menjadi debu yang masih basah dilakukan Siti Shafikah (kanan).
Proses mengisar ubi kayu menjadi debu yang masih basah dilakukan Siti Shafikah (kanan).

Cerita wanita itu lagi, debu putu yang dihasilkan tidak dicampur dengan bahan asing atau pengawet selain mempunyai rasa yang lebih enak apabila dijadikan putu halba selain boleh digunakan untuk membuat kuih seperti bingka ubi.

"Proses itu juga sudah tidak ramai dilakukan oleh orang sekarang kerana lebih memilih jalan mudah membeli tepung ubi kayu yang lebih komersial di pasaran.

“Setiap satu tan ubi kayu yang diproses akan hilang separuh berat apabila menjadi debu putu.

“Debu putu dapat bertahan sehingga setahun jika disimpan di tempat sejuk beku,” katanya yang turut memasarkan debu putu tersebut secara dalam talian melalui platform siaran langsung Facebook dan TikTok ke negeri luar Kelantan seperti Kedah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!