Tembok keselamatan dan kawalan banjir

A
A
A
ANTARA tembok keselamatan dan kawalan banjir ketika tinjauan di sempadan Rantau Panjang - Sungai Golok hari ini.

Cadangan pembinaan tembok keselamatan dan kawalan banjir di sepanjang kawasan sempadan Sungai Golok-Rantau Panjang akan membantu penugasan Pasukan Gerakan Am (PGA) lebih teratur dan efisien.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata sekiranya tembok berkenaan dibina ia secara tidak langsung akan membantu PGA mengawal pelbagai aktiviti jenayah rentas sempadan yang berlaku.

Pada 5 Nov lepas, kerajaan Kelantan merancang untuk mengusulkan kepada Kerajaan Pusat mengenai pembinaan tembok sepanjang kira-kira 100 kilometer di sempadan negeri itu dengan Thailand.

Usaha ini dianggap penting untuk menangani masalah jenayah penyeludupan serta mengurangkan risiko banjir yang berulang.
Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Tinjauan Planetarium Negara

No Image Caption
GALERI

Tarikan baharu Gua Musang

No Image Caption
GALERI

Tinjauan Cuti Hari Natal

No Image Caption
GALERI

Belalang Padi