Ikan selayang 20 sen
A
A
A
Jualan murah sempena promosi pembukaan semula pasar tersebut bertujuan membantu masyarakat terutama golongan kurang berkemampuan menjimatkan perbelanjaan dapur.
Menurut Pengurus perniagaan Wan Ahmad Suhaimi Wan Abd Kadir, 43, sebanyak 4,800 kilogram ikan selayang yang dijual pada harga 20 sen seekor dan pelanggan boleh membeli sebanyak mana yang mereka mahu.
Katanya pihaknya akan mengekalkan harga jualan ikan selayang 20 sen seekor itu setiap hari bermula 6.30 pagi sehingga 2 petang.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!