Ribut petir, hujan lebat diramal landa negara hingga 5 petang ini

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di hampir semua negeri hingga pukul 5 petang Jumaat. Gambar hiasan
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di hampir semua negeri hingga pukul 5 petang Jumaat. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di hampir semua negeri hingga pukul 5 petang Jumaat.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan selain seluruh Kuala Lumpur dan Putrajaya, kawasan terlibat di Selangor terdiri daripada sekitar Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Di Kedah ia melibatkan Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala Pulau Pinang membabitkan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

Turut terlibat ialah Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim), Kelantan (Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai), Terengganu (Besut dan Kemaman).

Keadaan sama dijangka melanda Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Kuantan, Pekan dan Rompin), Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Rembau) dan di Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Di Sarawak kawasan yang terlibat ialah Kuching, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu (Tatau dan Bintulu) dan Miri (Subis, Miri dan Marudi).

Sementara itu di Sabah melibatkan pedalaman (Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Sandakan). - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!