Cabaran Zii Jia di Jepun berakhir

Zii Jia terpaksa akur tewas kepada pemain Indonesia dalam aksi suku akhir Jepun Masters di Kumamoto pada Jumaat. Foto Agensi
Zii Jia terpaksa akur tewas kepada pemain Indonesia dalam aksi suku akhir Jepun Masters di Kumamoto pada Jumaat. Foto Agensi
A
A
A

IMPIAN pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia untuk mara lebih jauh pada Kejohanan Badminton Jepun Masters di Kumamoto tidak kesampaian.

Ia selepas cabaran pemain nombor tujuh dunia itu terhenti dalam saingan suku akhir yang dramatik setelah tewas kepada Jonatan Christie sebentar tadi.

Zii Jia terpaksa akur tumpas dalam permainan tiga set di tangan wakil Indonesia itu yang menghuni ranking nombor enam dunia dalam kejohanan berstatus Super 500 tersebut.

“Sentiasa menjadi pertarungan yang sukar menentang lawan yang hebat.

“Perjalanan di Masters Kumamoto 2024 berakhir dengan banyak perkara yang boleh dijadikan pengajaran,” catat Team LZJ menerusi laman X.

Dalam aksi di Gimnasium Kumamoto Prefectural itu, Zii Jia bermula dengan langkah kanan apabila menang 21-12 pada set pertama.

Bagaimanapun, Jonatan yang juga juara Seluruh England mengubah rentak permainan memenangi set kedua 21-18 bagi membawa aksi ke perlawanan penentuan.

Kedua-dua pemain memperagakan aksi bertenaga, namun Jonatan lebih unggul untuk mengesahkan kemaraan ke separuh akhir dengan kemenangan 21-18 dalam tempoh 64 minit.

Artikel Berkaitan:

Keputusan tersebut tidak melemahkan semangat Zii Jia apabila akan kembali ke gelanggang dalam saingan China Masters yang berstatus Super 750 di Shenzhen bermula Selasa ini.

“Terus melihat ke hadapan. Selepas ini China Masters 2024,” catat Team LZJ.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!