Aduan rasuah secara dalam talian lebih mudah - Rasuah Busters

Aduan salah laku rasuah perlu dibuat secara bersemuka dan dalam talian agar lebih cepat serta efektif. (Foto hiasan) Gambar kecil: Ali Imran
Aduan salah laku rasuah perlu dibuat secara bersemuka dan dalam talian agar lebih cepat serta efektif. (Foto hiasan) Gambar kecil: Ali Imran
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menggabungkan cara tradisional dan moden berhubung saluran aduan salah laku jenayah rasuah agar lebih cepat serta efektif.

Ahli Majlis Tertinggi Rasuah Busters Pahang, Ali Imran Hassan berkata, ini kerana tidak semua orang mampu hadir secara fizikal untuk berjumpa dengan pegawai SPRM untuk membuat aduan.

Menurutnya, lagipun saluran secara dalam talian lebih mudah bagi sesetengah pihak terutama generasi pada masa kini.

"Menggalakkan orang ramai berjumpa dengan pegawai SPRM sangat bagus namun jangan abaikan kemudahan saluran digital seperti WhatsApp, e-mel, atau media sosial.

"Kita tidak sepatutnya hadkan cara orang ramai untuk membuat aduan apatah lagi ini melibatkan isu rasuah," katanya pada Jumaat.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berpendapat, berdepan dengan pegawai SPRM lebih mudah untuk mendapatkan penjelasan.

Beliau memberitahu, pihaknya juga akan memberi jaminan untuk melindungi identiti pemberi maklumat daripada masyarakat sekiranya laporan yang diberi adalah berunsur isu rasuah.

Tambah Ali Imran, jaminan daripada SPRM yang sentiasa melindungi identiti pemberi maklumat itu harus dipuji kerana dapat mengekalkan kepercayaan masyarakat kepada institusi itu.

Artikel Berkaitan:

"Dengan ini, sudah pasti masyarakat lebih terbuka untuk memberi maklumat memandangkan sebelum ini ramai dalam kalangan mereka risau jika identiti ketahui umum," jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!