Program pendigitalan lebih rancak tahun depan

Mohd Azlan (empat dari kiri) bersama wakil syarikat serta SK Jati selepas majlis pertukaran dokumen yang diadakan sempena Perasmian Penutup Karnival Digital dan Inovasi Negeri Perak di Kompleks Jabatan Belia dan Sukan negeri di sini pada Jumaat.
Mohd Azlan (empat dari kiri) bersama wakil syarikat serta SK Jati selepas majlis pertukaran dokumen yang diadakan sempena Perasmian Penutup Karnival Digital dan Inovasi Negeri Perak di Kompleks Jabatan Belia dan Sukan negeri di sini pada Jumaat.
A
A
A

IPOH - Program pendigitalan akan lebih rancak dilaksanakan pada tahun hadapan dengan pelbagai inisiatif yang akan diumumkan dalam pembentangan Belanjawan Negeri Perak 2025.

Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Mohd Azlan Helmi berkata, elemen pendigitalan akan terus diperluas dalam pelbagai sektor merentasi portfolio.

Menurutnya, pelbagai usaha sedang sedang dan akan dilaksanakan termasuk kerjasama yang dijalin antara Digital Perak dengan beberapa syarikat yang mempunyai kepakaran dalam teknologi digital.

"Tahun depan selain terus memperkasakan jaringan liputan telekomunikasi, saya akan bawa pendigitalan lebih drastik untuk negeri Perak. Usaha ini telah bermula daripada pertengahan tahun ini kerana ia bukan mudah, penuh dengan cabaran.

"Kesemua inisiatif ini akan menjurus kepada pelan Perak Sejahtera 2030 terutama dari sudut elemen pendigitalan yang diterapkan. Jadi segala langkah-langkah kami akan mengikut pelan tersebut," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau ditemui selepas menyempurnakan Perasmian Penutup Karnival Digital dan Inovasi Negeri Perak di Kompleks Jabatan Belia dan Sukan negeri di sini pada Jumaat.

Hadir sama pada majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif Digital Perak, Mohamad Suhaimi Mohamad Tahir.

Artikel Berkaitan:

Pada majlis berkenaan turut diadakan pertukaran dokumen perjanjian persefahaman (MoU) di antara Digital Perak bersama tiga syarikat iaitu Rising Net Sdn Bhd, Axicom Sdn Bhd dan Service Master (M) Sdn Bhd.

Selain itu, pertukaran memorandum perjanjian (MoA) di antara Digital Perak dengan Sekolah Kebangsaan (SK) Jati turut diadakan bagi program tanpa tunai di sekolah berkenaan.

Mohd Azlan berkata, pelaksanaan program tanpa tunai itu merupakan projek perintis dengan SK Jati menjadi sekolah pertama melaksanakannya di negeri ini sebelum diperluas ke sekolah dan institusi pengajian tinggi lain.

Menurutnya, menerusi pelaksanaan pertama itu, beberapa kelemahan akan ditambah baik sekali gus membudayakan pendigitalan di semua sektor termasuk sekolah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!