Malaysia manfaatkan saluran diplomatik selesaikan permasalah - Fahmi

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil merangkap jurucakap Kerajaan Perpaduan bercakap pada sidang media mingguan Kabinet, di Kementerian Komunikasi pada Jumaat. Foto Bernama
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil merangkap jurucakap Kerajaan Perpaduan bercakap pada sidang media mingguan Kabinet, di Kementerian Komunikasi pada Jumaat. Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Malaysia sentiasa memanfaatkan saluran diplomatik bagi menyelesaikan pelbagai permasalahan antara negara, kata Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil.

Menteri Komunikasi itu berkata, ketetapan berkenaan adalah selaras dengan prinsip yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam merungkai pelbagai permasalahan.

"Prinsip yang telah ditegaskan oleh Perdana Menteri dan Menteri Luar adalah dalam semangat ASEAN untuk menyelesai merungkai masalah, kita akan manfaatkan dan menggunakan saluran diplomatik,” katanya dalam sidang media di sini pada Jumaat.

Semalam, Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin berkata, Malaysia menghantar nota bantahan kepada Filipina berkaitan dua akta maritim baharu negara itu yang melanggar sempadan maritim Sabah.

Beliau berkata, Akta Zon Maritim Filipina (Philippine Maritime Zones Act) dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina (Philippine Archipelagic Sea Lanes Act) yang ditandatangani Presiden Ferdinand Marcos Jr pada 8 November lepas disahkan telah melangkaui Peta Baharu Malaysia 1979 yang dibuat berdasarkan undang-undang antarabangsa. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!