Percutian panjang 'elak' Trump 2.0

Villa Vie Odyssey menjanjikan pengalaman mengelilingi dunia yang luar biasa. Trump
Villa Vie Odyssey menjanjikan pengalaman mengelilingi dunia yang luar biasa. Trump
A
A
A

WASHINGTON - Sebuah syarikat kapal persiaran mewah menawarkan percutian panjang buat warga Amerika Syarikat (AS) yang mahu meninggalkan sementara negara itu ketika Donald Trump kembali memegang tampuk pemerintahan di Rumah Putih.

Sehari selepas kemenangan calon Parti Republikan (GOP), pengendali, Villa Vie Residences mengumumkan pakej Skip Forward yang akan membawa penumpang mengelilingi dunia dengan menaiki Villa Vie Odyssey selama empat tahun.

Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak AS$159,999 (RM756,396) seorang untuk bilik berdua manakala bilik single berharga AS$255,999 (RM1.21 juta).

Menariknya, ia akan membawa penumpang belayar merentasi tujuh benua dan berlabuh di lebih 425 pelabuhan di 140 negara.

Villa Vie Odyssey yang boleh memuatkan sehingga 600 penumpang dalam satu masa.
Villa Vie Odyssey yang boleh memuatkan sehingga 600 penumpang dalam satu masa.

Di bawah program itu, Villa Vie Odyssey akan belayar selama sebulan di Caribbean sebelum meneruskan perjalanan selama empat bulan merentasi Amerika Selatan dan menyeberangi Antartika serta menelusuri ke Sungai Amazon selama lapan hari.

Kabin yang disediakan buat mereka juga menawarkan pemandangan laut yang menakjubkan berserta perkhidmatan seperti spa dan kemudahan kesihatan.

“Perkhidmatan percuma lain adalah WiFi, pemeriksaan kesihatan, perkemasan bilik dan dobi,” jelas tawaran itu.

Artikel Berkaitan:

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Mikael Petterson berkata, pakej itu adalah pilihan terbaik buat rakyat Amerika yang mahu 'melarikan diri' sebentar.

Kabin yang disediakan buat mereka juga menawarkan pemandangan laut yang menakjubkan berserta perkhidmatan seperti spa dan kemudahan kesihatan.
Kabin yang disediakan buat mereka juga menawarkan pemandangan laut yang menakjubkan berserta perkhidmatan seperti spa dan kemudahan kesihatan.

“Kempen tersebut telah ditawarkan sebelum keputusan Pilihan Raya Presiden AS diumumkan. Kami yakin produk ini akan memberi manfaat kepada mereka yang memang mahu keluar dari negara jika 'XYZ' menang pemilihan itu.

“Kami mungkin mempunyai pandangan politik yang berbeza, namun komuniti kami sentiasa bersatu untuk meneroka dunia dengan cara sebenar yang melangkaui politik,” katanya ketika mempromosikan pakej unik tersebut.

CARIAN IMIGRAN MELONJAK

Kemenangan bakal Presiden ke-47 AS itu telah menyebabkan ramai rakyat merancang mahu 'berhijrah' kerana bimbang iklim politik di negara itu makin panas di bawah pentadbiran Trump.

Ia terbukti apabila laman enjin carian gergasi, Google menunjukkan carian maklumat tentang emigran menyaksikan peningkatan luar biasa.

Trump bakal mengangkat sumpah jawatan pada 20 Januari 2025.

Ramai rakyat Amerika bimbang pentadbiran Trump 2.0 bakal mencetuskan perbalahan lebih besar antara Demokrat dan GOP berhubung pelbagai perkara termasuk isu perkauman, kesaksamaan jantina dan hak-hak sensitif yang sering disuarakan orang ramai.

Villa Vie Odyssey yang boleh memuatkan sehingga 600 penumpang dalam satu masa sedang belayar mengelilingi dunia dan akan menyeberangi tujuh benua, 13 keajaiban dunia dan lebih 100 pulau tropika.

Kapal tersebut kini merentasi pantai timur Amerika Selatan dengan perhentian seterusnya ialah Barbados.

Ketua Jualan Villa Vie Residences, Anne Alms berkata, percutian panjang itu sebenarnya membolehkan penumpang meneroka dunia dengan cara yang berbeza dan tidak tergesa-gesa.

“Anda boleh mengambil masa lebih lama. Kapal itu akan menjadi 'rumah sementara'. Ia akan membawa anda mengembara seperti seorang pelayar dan pastinya menawarkan pengalaman luar biasa,” jelasnya.

Difahamkan, syarikat itu juga menawarkan pakej untuk percutian selama 12 bulan (Escape from Reality), 24 bulan (Mid-Term Selection) dan tiga tahun (Everywhere but Home) dengan harga bermula daripada AS$49,999 (RM236,396) hingga AS$129,999 (RM614,396) seorang. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!