Kes 'walking pneumonia' meningkat di Washington
NEW YORK - Kes pneumonia ringan semakin meningkat dalam kalangan kanak-kanak di wilayah Washington DC, Amerika Syarikat, lapor Xinhua memetik The Washington Post pada Jumaat yang memetik pakar pediatrik dan pegawai kesihatan awam.
"Penyebaran bakteria "Mycoplasma pneumoniae" menjadi punca peningkatan kes 'walking pneumonia', satu istilah yang digunakan oleh petugas kesihatan untuk merujuk kepada penyakit yang lebih ringan berbanding pneumonia yang lebih serius," menurut laporan itu.
Di peringkat kebangsaan, lawatan ke jabatan kecemasan dengan diagnosis berkaitan Mycoplasma meningkat dalan kalangan kanak-kanak bagi tempoh enam bulan lalu, menurut Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS.
CDC mencatatkan peningkatan antara satu hingga tujuh peratus membabitkan kes dalam kalangan kanak-kanak berumur dua hingga empat tahun dan peningkatan antara empat hingga tujuh peratus dalam kalangan kanak-kanak berumur lima hingga 17 tahun. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!