Budak 10 tahun dikhuatiri lemas terjatuh bermain di longkang

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai bermain di longkang di sebuah flat berhampiran Jalan Padi Mahsuri, Bandar Baru Uda Johor Bahru, pada petang Jumaat. - Foto tular
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai bermain di longkang di sebuah flat berhampiran Jalan Padi Mahsuri, Bandar Baru Uda Johor Bahru, pada petang Jumaat. - Foto tular
A
A
A

JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai bermain di longkang semasa hujan di kawasan sebuah flat berhampiran Jalan Padi Mahsuri, Bandar Baru Uda di sini, pada petang Jumaat.

Pegawai Bomba Kanan I dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Nordatul Badrol Abd Rahman berkata, seramai 12 anggota dikejarkan ke lokasi selepas panggilan berhubung kejadian diterima pada jam 3.37 petang.

"Kanak-kanak lelaki itu hilang ketika bermain di longkang pada waktu hujan.

Operasi mencari dan menyelamat dilakukan oleh pihak bomba. - Foto JBPM
Operasi mencari dan menyelamat dilakukan oleh pihak bomba. - Foto JBPM

"Kedalaman longkang kira-kira 3.9 meter dan lebar kira-kira 6.7 meter. Paras air ketika mangsa hilang adalah 2.43 meter," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, difahamkan, seramai tiga orang kanak-kanak bermain di tepi longkang itu sebelum seorang daripadanya tergelincir jatuh.

"Mangsa kemudian dibawa arus deras terus ke longkang besar. Maklumat awal kejadian ini disahkan oleh dua orang rakan mangsa yang ketika itu mengejar mangsa di atas tebing sebelum anggota tiba di lokasi.

Artikel Berkaitan:

Operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas Bandar Baru Uda, Johor Bahru. - Foto JBPM
Operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas Bandar Baru Uda, Johor Bahru. - Foto JBPM

"Pasukan keluarga operasi mengarahkan anggota membuat pencarian dengan kaedah (search surface) dari tempat bermulanya jatuh hingga ke Sungai Skudai, Kampung Usaha Jaya.

"Tindakan pencarian kedua dengan bantuan bot penduduk kampung untuk mencari di kawasan muara berdekatan perangkap sampah," katanya.

Menurut beliau, operasi mencari dan menyelamat (Op SAR) giat dijalankan bagi mengesan kanak-kanak berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 3.51 petang ketika mangsa bersama dua rakan lelaki berusia tujuh dan lapan tahun sedang bermain air di tepi longkang berhampiran lokasi.

“Pasukan polis Johor Bahru Utara telah membuka pos kawalan di tempat kejadian (PKTK) di lokasi kejadian dan kini giat menjalankan operasi pencarian bersama pasukan BBP serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APMM).

"Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini agar menghubungi dan menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat, Inspektor Helmy Halim di talian 012-5759953," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!