Penunggang motosikal maut dilanggar bas

Seorang penunggang motosikal maut selepas dilanggar bas dalam kejadian di lampu isyarat Kuala Ibai pada Sabtu - Gambar hiasan
Seorang penunggang motosikal maut selepas dilanggar bas dalam kejadian di lampu isyarat Kuala Ibai pada Sabtu - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang penunggang motosikal maut selepas dilanggar bas dalam kejadian di lampu isyarat Kuala Ibai, di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, mangsa Muhammad Ameer Zikri, 20, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan.

Menurutnya, kejadian kira-kira jam 1.55 pagi itu membabitkan sebuah bas dipandu lelaki berusia 52 tahun yang membawa 25 penumpang dalam perjalanan dari arah Jerantut, Pahang menghala ke Kuala Terengganu dengan sebuah motosikal jenis Honda EX5 ditunggang mangsa.

"Siasatan awal mendapati bas berkenaan meneruskan perjalanan sebaik sahaja lampu isyarat berwarna hijau di lokasi kejadian sebelum motosikal ditunggang mangsa secara tiba-tiba masuk dari arah kiri ke laluan bas secara mengejut.

"Akibat jarak yang dekat, bas terbabit tidak sempat mengelak lalu melanggar sisi kanan motosikal mangsa," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Susulan kejadian itu, Azli berkata, mangsa mengalami cedera parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu bas tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata, mayat mangsa kini berada di bahagian Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!