Datuk Seri disyaki dalang aktiviti punggah bauksit di Kuantan

Ketiga-tiga suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kuantan pada Jumaat untuk permohonan perintah reman.
Ketiga-tiga suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kuantan pada Jumaat untuk permohonan perintah reman.
A
A
A

KAJANG - Seorang individu bergelar Datuk Seri disyaki menjadi dalang kegiatan memunggah hasil galian yang dipercayai mengandungi bauksit tanpa mengikut prosedur yang sah di sekitar Kuantan, Pahang.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, kes itu dalam peringkat untuk sitaan bauksit yang dibawa ke Terengganu.

"Seorang bergelar Datuk Seri yang dikatakan sebagai 'main players' dalam membawa bauksit dari Pahang ke Terengganu.

"Kita dapati ada unsur penyelewengan sebab difahamkan permit tidak dikeluarkan kepada syarikat berkenaan," katanya kepada pemberita selepas Program Menembak SPRM Bersama Media 2024 di Lapang Sasar Maktab Penjara Malaysia di sini pada Sabtu.

Tambahnya, SPRM mendapati pihak polis juga telah mengambil tindakan berkaitan kes itu sebelum ini.

Azam menunjukkan kemahiran menembak semasa Program Menembak SPRM Bersama Media 2024 di Lapang Sasar Maktab Penjara Malaysia, Kajang pada Sabtu.
Azam menunjukkan kemahiran menembak semasa Program Menembak SPRM Bersama Media 2024 di Lapang Sasar Maktab Penjara Malaysia, Kajang pada Sabtu.

Jelas Azam, di pihaknya tindakan diambil di bawah Akta SPRM termasuk sitaan akaun syarikat terbabit.

Mengulas mengenai pembabitan pegawai agensi berkaitan, kata Azam, pihaknya memerlukan masa untuk menyemak akaun berkaitan.

Artikel Berkaitan:

"Sama ada terlibat atau tidak, saya akan maklum kemudian," ujarnya.

Pada Jumaat, Sinar Harian melaporkan, SPRM menggempur kegiatan memunggah keluar hasil galian yang dipercayai mengandungi bauksit tanpa mengikut prosedur yang sah di sekitar Kuantan, Pahang yang disyaki turut dilindungi oleh pegawai sebuah agensi di bawah kerajaan negeri sejak tahun 2022.

Dalam serbuan pada Khamis oleh Bahagian Perisikan SPRM di sekitar Bukit Goh, tiga individu ditahan membabitkan dua pemilik syarikat dan seorang pegawai agensi terbabit kerana dipercayai terlibat rasuah bagi melindungi kegiatan berkenaan.

SPRM turut menyita wang tunai lebih RM26,000 dan tiga unit telefon bimbit daripada suspek dan membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Tiga individu berusia 30 hingga 50-an telah direman selama enam hari sehingga 19 November bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!