Kerajaan pastikan bekalan beras tempatan mencukupi

Mohamad bersalaman dengan perwakilan Amanah Pulau Pinang ketika hadir merasmikan Konvensyen Amanah Pulau Pinang 2024 pada Sabtu.
Mohamad bersalaman dengan perwakilan Amanah Pulau Pinang ketika hadir merasmikan Konvensyen Amanah Pulau Pinang 2024 pada Sabtu.
A
A
A

PERAI - Kerajaan akan memastikan bekalan beras putih tempatan sentiasa mencukupi walaupun ketika perubahan cuaca yang akan menyebabkan gangguan bekalan makanan asas tersebut.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kerajaan sentiasa mencari jalan untuk memastikan bekalan beras mencukupi di pasaran.

Menurutnya, sehingga kini, stok bekalan beras putih tempatan mencapai 56 peratus dan ia dijangka mencukupi.

"Peratusan itu disebabkan faktor cuaca, banjir dan hilang kawasan sawah namun kita akan cuba cari jalan untuk memastikan beras putih tempatan berada di pasaran namun beras import memenuhi permintaan.

"Untuk menurunkan harga itu, ia bergantung kepada Bernas tetapi ia juga bergantung kepada harga pasaran di peringkat antarabangsa, ia mungkin memberi kesan kepada Malaysia.

"56 peratus itu sebab banjir di Kedah, kemarau di Kelntan dan 20,000 hektar kehilangan tanah sawah untuk pembangunan dan perumahan. Sebab itu, kita sedang ganti (tanah sawah) di Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan paling besar di Sarawak. Namun, ia mengambil masa 10 tahun untuk menghasilkannya," di sini.

Sebelum itu, Mohamad yang juga Presiden Parti Amanah merasmikan Konvensyen Amanah Pulau Pinang 2024 pada Sabtu.

Turut hadir, Pengerusi Pakatan Harapan Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan barisan pemimpin negeri lain.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, kementerian ketika ini mengimport sebanyak 40 peratus beras dari luar negara bagi memenuhi keperluan dan permintaan pengguna di negara ini.

"Sekarang ini bagi memenuhi permintaan, kita mengimport beras iaitu sebanyak 40 peratus dan kita harap dapat turunkan harga beras (import) cuma pada kita sekarang ini yang pentingnya beras ada.

"Kita sedang bincang dengan Bernas supaya dapat turunkan harga beras import kerana di peringkat antarabangsa berlaku penurunan berikutan pengukuhan ringgit dan ia mungkin ia akan beri kesan juga kepada negara," katanya.

Sebelum ini, terdapat rungutan pengguna yang mendakwa bekalan beras putih tempatan sukar diperoleh di pasaran dan hanya terdapat stok beras import.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!