Komposer legenda S Atan meninggal dunia

S Atan atau nama sebenarnya Hashim Said meninggal dunia pada usia 75 tahun.
S Atan atau nama sebenarnya Hashim Said meninggal dunia pada usia 75 tahun.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Komposer tersohor, Datuk S Atan atau nama sebenarnya Hashim Said, meninggal dunia pada usia 75 tahun.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Kajang pada jam 3.23 petang Sabtu.

Berita pemergian S Atan disahkan isterinya, Datin Norizan Yeob ketika dihubungi media.

Menurut Norizan, suaminya menghembuskan nafas terakhir di kediaman mereka di Kajang, Selangor.

"Benar, beliau (S Atan) sudah meninggal dunia. Saya akan maklumkan perkembangan berikut sebaik semuanya diuruskan,” kata beliau kepada Astro Awani ketika dihubungi sebentar tadi.

Berita pemergian komposer legenda ini turut tular di media sosial, dengan kalangan penggiat seni dan para peminat menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga arwah.

Sekitar September lalu, Allahyarham dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di sini, akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.

Pada 2006, Allahyarham dirawat hospital kerana menghidap angin ahmar.

Artikel Berkaitan:

S Atan merupakan seorang komposer yang sangat masyhur menghasilkan lagu-lagu raya malar segar nyanyian Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad, Allahyarham Datuk Sharifah Aini, dan ratusan lagu lain.

Sebelum ini, komposer yang banyak menghasilkan lagu tradisional serta lagu hari raya malar segar itu pernah dirawat di hospital akibat masalah buah pinggang dan angin ahmar.

Allahyarham juga pernah dimasukkan ke sebuah pusat perubatan pada September lalu akibat jangkitan kuman dalam paru-paru. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!