Terima kasih Harimau Malaya - JDT

Laporan Sukan Sinar pada Sabtu. Gambar kecil: Alistair Edwards
Laporan Sukan Sinar pada Sabtu. Gambar kecil: Alistair Edwards
A
A
A

PENDAHULU Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) menegaskan permohonan perlepasan tiga pemain Harimau Selatan dari skuad negara adalah bagi persiapan mengharungi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), berdepan Shandong Taishan.

“Kami dijadualkan berlepas ke China pada 21 November, yang mana hanya sehari (20 November) selepas pemain-pemain Harimau Malaya pulang selepas perlawanan menentang India pada 18 November.

“JDT mengambil serius kejohanan elit Asia selepas pelaburan besar musim ini dengan harapan dapat menjalani kempen dengan cemerlang yang bukan sahaja akan meningkatkan status kelab di Asia, tetapi juga meningkatkan ranking Malaysia dalam kejohanan kelab Asia.

“Ianya akan memberikan manfaat buat bola sepak Malaysia kerana lebih banyak kelab boleh beraksi di kejohanan elit Asia pada musim-musim akan datang,” kata Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Alistair Edwards.

Harimau Selatan kendalian Hector Bidoglio dijadualkan berdepan Taishan di Pusat Sukan Olimpik Jinan, China pada 26 November.

Anak buah Bidoglio selepas mengharungi empat perlawanan mengumpul tujuh mata hasil dua memang, satu seri dan satu kalah.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan pada Sabtu memaklumkan pelepasan tiga pemain JDT - Arif Aiman Hanapi, Feroz Baharuddin dan Matthew Davies atas permintaan kelab yang berpangkalan di selatan tanah air berkenaan.

Pada masa sama, Edwards menegaskan pihaknya juga telah mencapai kata sepakat bersama skuad negara agar penjaga gol, Syihan Hazmi kekal bersama Harimau Malaya.

Artikel Berkaitan:

“Ini kerana Harimau Selatan telah menggunakan khidmat Andoni Zubiaurre di ACLE setakat ini.

“Kami juga berbesar hati dengan pengendali Harimau Malaya, Pau Marti dan FAM yang menyokong kempen kami di ACLE dan JDT akan terus menyokong aspirasi Malaysia untuk layak ke Piala Asia 2027,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!