10 sungai terpanjang di dunia

No Image Caption
A
A
A

TAMADUN awal manusia berkembang di sepanjang sungai kerana ia membekalkan sumber penting kepada kehidupan pada masa itu. Sejak berabad lamanya, sungai kekal menjadi komponen penting dalam ekosistem.

Menurut Pusat Pemerhati Geologi Amerika Syarikat (USGS), anggaran kepanjangan sesebuah sungai yang boleh menjangkau ribuan kilometer (km) adalah proses yang sukar kerana biasanya diukur dari mulut sungai hingga ke sumber mata air paling jauh atau dari mulut sungai ke hulu sungai yang biasanya dikenal pasti sebagai aliran sumber.

Ia lebih rumit kerana faktor muka bumi yang sering berubah-ubah dan keadaan lain yang boleh mengubah aliran sesebuah sungai. Berikut adalah 10 sungai terpanjang di dunia.

---------

1. Sungai Nil - 6,695km

Ia merentasi sebahagian besar Afrika Timur dan mengalir dari Burundi, Rwanda, Tanzania, Kenya, Republik Demokratik Congo, Uganda, Ethiopia, Sudan Selatan, Sudan dan Mesir sebelum aliran terakhir ke Laut Mediterranean. Era Mesir kuno dibina di sepanjang sungai ini yang turut menjadi sumber air utama beberapa negara pada zaman moden.

No Image Caption

2. Sungai Amazon - 6,400km

Artikel Berkaitan:

Aliran sungai ini melalui bahagian utara Amerika Selatan merentasi Peru, Colombia dan Brazil. Ia adalah lembangan saliran terbesar di dunia yang menyediakan 20 peratus luahan sungai global ke lautan. Terdapat dakwaan Amazon sebenarnya lebih panjang berbanding Nil kerana timbul persoalan tentang lokasi tepat sumber sungai itu.

No Image Caption

3. Sungai Yangtze - 6,300km

Ia adalah sungai paling panjang di Asia yang merentasi seluruh China dari sumber di Bukit Jari di pergunungan Tanggula. Yangtze juga menempatkan stesen janakuasa hidroelektrik (Empangan Tiga Gaung). Tiga Sungai Selari Yunnan turut diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO kerana kepelbagaian biologi.

No Image Caption

4. Sungai Mississippi - 5,971km

Mississippi merupakan sungai paling panjang di Amerika Utara yang merentasi seluruh Amerika Syarikat (AS) dari Minnesota di utara ke Louisiana di selatan sebelum berakhir di Teluk Mexico.

No Image Caption

5. Sungai Yenisey - 5,539km

Ia merentasi ke utara melalui Mongolia dan Rusia. Yenisey merupakan pusat tiga sungai utama Siberia selain Ob dan Lena. 97 peratus daripadanya adalah di Moscow dan hanya tiga peratus di Ulaanbaatar. Ia menjadi habitat kumpulan rusa kutub terbesar yang berhijrah ke padang ragut di sepanjang sungai itu ketika musim sejuk.

No Image Caption

6. Sungai Kuning - 5,464km

Alirannya bermula di kawasan pergunungan Bayan Har dan berliku di sekitar utara dan ke timur dengan lembangannya di Laut Bohai berhampiran Bandar Dongying. Sungai kedua terpanjang di China itu merentasi beberapa wilayah dari Qinghai hingga Shandong. Ia menjadi habitat kepada lebih 160 spesies ikan tempatan termasuk 19 yang tidak boleh ditemui di tempat lain.

No Image Caption

7. Sungai Ob - 5,410km

Ob terletak di sebelah barat tiga sungai utama Siberia termasuk Yenisey dan Lena yang merentasi Mongolia, China, Kazakhstan dan Rusia. Ia bermuara ke Teluk Ob yang merupakan muara paling panjang di dunia iaitu kira-kira 1,000km. Antara awal November dan akhir April pada setiap tahun di selatan Barnaul dan akhir Oktober hingga awal Jun di utara Salekhard, sebahagian besar Ob membeku.

No Image Caption

8. Sungai Río de la Plata - 4,880km

Anak sungainya mengalir dari utara ke selatan merentasi Brazil, Bolivia, Paraguay, Uruguay dan Argentina. Ia bermuara ke Lautan Atlantik antara Buenos Aires dan Montevideo. Ia juga disenaraikan sebagai sungai paling lebar di dunia dengan ukuran sehingga 220km di beberapa kawasan.

No Image Caption

9. Sungai Congo - 4,700km

Ia merentasi Republik Demokratik Congo, Republik Afrika Tengah, Angola, Republik Congo, Tanzania, Cameroon, Zambia, Burundi dan Rwanda. Aliran sungainya melalui hutan hujan Brazzaville dan menjadi sumber air utama kepada lebih 400 spesies mamalia dan 1,700 burung serta hidupan akuatik.

No Image Caption

10. Sungai Amur - 4,444km

Aliran sungai ini bermula di Mongolia dan menuju ke timur merentasi Beijing dan Moscow yang membentuk sempadan utama antara Timur Jauh Rusia dan timur laut China. Ia turut menjadi habitat ikan Kaluga yang boleh mencapai ukuran sepanjang 5.6 meter dan kira-kira 100 spesies ikan lain.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!