Isu kekejaman di Gaza yang turut disentuh dalam APEC, amat menggalakkan - Anwar

Anwar menghadiri Retreat Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC di Pusat Konvensyen Lima. Foto Bernama
Anwar menghadiri Retreat Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC di Pusat Konvensyen Lima. Foto Bernama
A
A
A

LIMA (PERU) - Melihat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang secara dominannya berkisar kepada forum ekonomi dan perdagangan, turut menyentuh isu kekejaman ke atas rakyat Palestin di Gaza, adalah sesuatu yang amat menggalakkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah Anwar berkata, beliau amat teruja apabila dapat menghadiri sendiri, mengikuti satu daripada beberapa sisi APEC yang membincangkan usaha menangani malapetaka yang menimpa dunia.

"Ini juga adalah satu daripada beberapa sesi APEC, yang turut menyentuh kekejaman ketara terhadap penduduk Gaza, yang adakalanya kita pilih untuk abaikan, jelas bertentangan dengan semangat kemanusiaan yang sebenar,” katanya pada sesi intervensi Pemukiman Pemimpin Ekonomi APEC di sini.

Anwar yang tiba di sini pada 12 November untuk Minggu Pemimpin Ekonomi APEC (AELW), sebelum ini mengaitkan isu itu dengan prinsip perdagangan bebas yang tidak sepatutnya menafikan hak rakyat Palestin.

AELW berakhir hari ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!