Pesakit strok rentung, adik melecur cuba selamatkan abang

Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal yang musnah 100 peratus.
Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal yang musnah 100 peratus.
A
A
A

SANDAKAN - Seorang pesakit strok ditemukan rentung manakala adiknya melecur selepas rumah yang mereka diami terbakar dalam kejadian di Jalan Batu Sapi Karamunting di sini pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa Jailan Jaimin, 35, tidak sempat diselamatkan adik lelakinya yang berusia 20-an selepas api mulai marak dan merebak ke seluruh rumah tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Mohd Nidzam Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8.41 pagi.

Pasukan bomba berusaha memadamkan kebakaran melibatkan sebuah rumah di Jalan Batu Sapi Karamunting, Sandakan.
Pasukan bomba berusaha memadamkan kebakaran melibatkan sebuah rumah di Jalan Batu Sapi Karamunting, Sandakan.

Katanya, seramai 15 anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 12 kilometer dari BBP Sandakan.

Ujarnnya, kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal yang musnah 100 peratus dan turut terbakar beberapa buah kenderaan.

Mayat mangsa ditemui rentung di kawasan hadapan ruang tamu rumah.
Mayat mangsa ditemui rentung di kawasan hadapan ruang tamu rumah.

"Operasi memadam api segera dilakukan dengan menggunakan tangki jentera dan hasil pemeriksaan terdapat seorang mangsa ditemui dalam keadaan retung di kawasan hadapan ruang tamu rumah.

Artikel Berkaitan:

"Ketika kejadian mangsa bersama adiknya manakala ahli keluarga lain keluar. Mangsa yang mengalami strok tidak sempat diselamatkan dan adiknya pula mengalami kecederaan melecur di bahagian belakang badan ketika cuba menyelamatkan abangnya itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Mohd Nidzam berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Operasi memadam api berjaya dilakukan dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.35 pagi," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!