PH Negeri Sembilan mahu Amanah pertahan DUN Klawang, rampas DUN Paroi

Aminuddin (tujuh kanan) ketika hadir pada program itu.
Aminuddin (tujuh kanan) ketika hadir pada program itu.
A
A
A

SEREMBAN - Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan bertekad mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klawang yang dimenangi Parti Amanah Negara (Amanah) dan merampas semula kerusi DUN Paroi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 16.

Pengerusi PH negeri, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, beliau akan memastikan semua jentera khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) turun padang bagi membantu kemenangan Amanah di kedua-kedua DUN tersebut.

"Saya dah kata banyak kali pada Pengerusi Amanah negeri bahawa saya akan bagi komitmen tinggi untuk pastikan bahawa bukan sahaja kita pertahankan Kuala Klawang (DUN) tetapi akan ambil semula Paroi, itu janji saya.

“Untuk tujuan itu, pelbagai program untuk dekati rakyat perlu sentiasa diadakan terutama di kawasan Labu dan Paroi, kita pastikan mana tempat yang kita (Amanah) kalah tempoh hari kita dapat ambil semula, Insya-ALLAH,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen Amanah Negeri Sembilan yang dirasmikan Naib Presiden Amanah, Adly Zahari di sini pada Ahad.

Sebagai rekod, kerusi DUN Paroi dan Klawang sebelum ini disandang oleh Amanah, namun pada PRU-15 hanya kerusi DUN Klawang berjaya dikekalkan manakala DUN Paroi tewas dengan Perikatan Nasional (PN) yang dimenangi wakilnya, Kamarol Ridzuan Mohd Zin.

Sementara itu, Adly berkata, beliau yakin pemuda Amanah mampu memacu serta berperanan bagi memastikan parti itu kekal relevan dan memacu kebangkitan yang diharapkan.

Beliau turut menasihatkan agar mereka mempertingkatkan pelbagai program bagi mendekati golongan muda.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!