Kerajaan perhalusi pembangunan di sempadan - Rafizi

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli ketika berucap pada Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) bersama Kerajaan Negeri Kelantan di Kota Darul Naim pada Ahad. Foto Bernama
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli ketika berucap pada Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) bersama Kerajaan Negeri Kelantan di Kota Darul Naim pada Ahad. Foto Bernama
A
A
A

KOTA BHARU - Keseluruhan aspek dan bentuk pembangunan sempadan sedang diperhalusi di peringkat Kementerian Ekonomi.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata, negeri terlibat dalam pembangunan itu bukan saja di Kelantan tapi juga Perlis dan Kedah.

“Kita perlu bangunkan format dan model pembangunan itu terlebih dahulu melibatkan sempadan di negeri-negeri di utara dan Kelantan.

“Daripada situ baru kita boleh tentukan peruntukan dan bagaimana pembangunan ini dibuat,” katanya pada sidang akhbar Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) Kementerian Ekonomi bersama Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Darulnaim di sini pada Ahad.

Beliau berkata demikian selepas diminta respon berkait kos hampir RM500 juta yang diperlukan oleh kerajaan Kelantan untuk mengambil alih tanah bagi cadangan pembinaan tembok di sempadan Sungai Golok.

Rafizi dalam pada itu memberitahu, Persekutuan memperuntukkan RM1 bilion tahun lepas untuk menaik taraf infrastruktur sempadan di utara dan juga di Sabah Sarawak.

“Jadi yang sekarang ini pun ada beberapa projek naik taraf kemudahan di sempadan.

“Kesemua projek memang sedang berjalan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nasuruddin Mohd Daud pada majlis sama memberitahu pihaknya serius untuk menangani jenayah penyeludupan dan mengatasi masalah banjir di 99 kilometer sempadan Malaysia-Thailand seterusnya membuat anggaran kos diperlukan hampir RM500 juta tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!