REE diproses dalam negara tiga tahun lagi - Rafizi

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli ketika berucap pada Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) bersama Kerajaan Negeri Kelantan di Kota Darul Naim pada Ahad. Foto Bernama
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli ketika berucap pada Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) bersama Kerajaan Negeri Kelantan di Kota Darul Naim pada Ahad. Foto Bernama
A
A
A

KOTA BHARU - Unsur nadir bumi (REE) yang dikesan di beberapa negeri termasuk Kelantan, Terengganu dan Perak dijangka akan dapat diproses di dalam negara ini sekitar tempoh tiga tahun lagi.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, teknologi untuk memproses nadir bumi hanyalah ada di China dan perbincangan dilakukan antara negara ke negara.

“Cabarannya ialah untuk mendapatkan teknologi memproses REE itu di dalam negara ini dan menjadi agenda perbincangan antara Perdana Menteri dengan kerajaan China.

“Kita menunggu perkembangan dan perancangan di peringkat kementerian ialah dalam tempoh terdekat, dua, tiga tahun daripada sekarang kita dapat memastikan REE boleh diproses di dalam negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) Kementerian Ekonomi bersama Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Darulnaim di sini pada Ahad.

Beliau mengulas, setakat ini, kerajaan membuat keputusan membekukan sebarang kebenaran untuk mengeksport REE kerana kebimbangan aset yang akan segera habis.

Katanya, Persekutuan juga menyedari tekanan kepada negeri-negeri untuk mengimbangkan keperluan menjana hasil daripada REE dan mempunyai garis masa pendek untuk menyegerakannya.

“Kerajaan negeri masing-masing boleh benarkan untuk buat perlombongan REE tanpa mengeksport bahan itu.

Artikel Berkaitan:

“Kebenaran untuk mengeksport dibekukan kerana kebimbangan dalam tempoh dua, tiga tahun lagi REE habis, jadi tunggulah apa-apa pengumuman selepas ini,” katanya.

Malaysia mempunyai potensi besar untuk terlibat dalam REE di peringkat hiliran sekali gus menjadi negara pengeluar super magnet di dunia, khususnya bagi menyokong perkembangan industri pembuatan kenderaan elektrik.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!