49 kawasan di Machang alami gangguan bekalan elektrik

Sebanyak 49 kawasan di Machang akan mengalami gangguan bekalan elektrik pada Isnin susulan pelaksanaan kerja-kerja henti tugas berjadual di Pencawang Pembahagian Utama (PPU) di daerah itu.
Sebanyak 49 kawasan di Machang akan mengalami gangguan bekalan elektrik pada Isnin susulan pelaksanaan kerja-kerja henti tugas berjadual di Pencawang Pembahagian Utama (PPU) di daerah itu.
A
A
A

KOTA BHARU - Sebanyak 49 kawasan di Machang akan mengalami gangguan bekalan elektrik pada Isnin susulan pelaksanaan kerja-kerja henti tugas berjadual di Pencawang Pembahagian Utama (PPU) di daerah itu.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui kenyataan pada Ahad memaklumkan gangguan elektrik dijangka berlaku dalam tempoh empat jam bermula 12 malam (Isnin).

Kawasan yang terlibat ialah Pejabat Tanah (Majlis Daerah Machang), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Simpol Berlubang, Jabatan Kerja Raya (JKR), Petronas Bypass, Sekolah Kebangsaan Machang 2, Hutan Kuin, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar, Seng Haw Sawmill dan Taman Kuin Indah.

"Kawasan lain yang turut terlibat ialah Taman Medan, Ban Hin Perabot, Hutan Putih, Sekolah Kebangsaan Pangkal Makwan, Kubang Belut, Pak Gombak, Taman Seri Cempaka, Taman Desa Ilmu, Taman Machang Permai Taman Nusa Jaza dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Joh," kata kenyataan itu.

TNB juga menyenaraikan BHP Sungai Mas, Rumah Kedai Machang, Kedai MDM, Kota Impiana, Sungai Hala, Pasar Baru, Hutan Rebana, PP ITM, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang, Banggol Judah Tambahan, Dewan Kecil, Taman Madani dan Pam Penggalak Amboran.

Turut terlibat, Padang Selising, Sekolah Kebangsaan Dewan Besar, Sekolah Kebangsaan Hamzah 2, Taman Bukit Ilmu, Taman Sentosa Jaya, KPDK Air Belaga, JPN Padang Selinsing, Kampung Cherodok, Nafas Baru, Taman Animas, Taman Bunga Tanjung, Taman Sri Hawa, Taman Banggol Judah Intisari Asia dan Taman Alam Bina.

Justeru, TNB mencadangkan kawasan terlibat melakukan persediaan awal untuk menghadapi gangguan bekalan itu.

"TNB akan mengambil setiap langkah yang perlu bagi memastikan gangguan bekalan berlaku dalam tempoh paling minimum.

Artikel Berkaitan:

"Berhati-hati mengendalikan peralatan elektrik, terutama ketika berlaku gangguan kerana bekalan mungkin akan dipulihkan pada bila-bila masa," kata kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi TNB CareLine di talian 15454.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!