PRN Sabah: Shafie Apdal tidak akan bekerjasama dengan parti 'curi' ADUN Warisan

Shafie Apdal
Shafie Apdal
A
A
A

KOTA KINABALU - Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyatakan pendiriannya untuk tidak akan bekerjasama dengan parti yang pernah 'mencuri' Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Warisan.

Beliau berkata, walaupun pernah ada pemimpin mahu bekerjasama dengannya namun akhirnya pemimpin tersebut mengambil wakil rakyat partinya.

"Sepatutnya berlaku (kerjasama) dulupun saya sudah maklumkan dengan Datuk Hajiji (Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor). Tanya dia, dia datang pergi rumah saya. Tapi sebelum itu berlaku, bila tanya datang ke rumah saya, dia ambil YB-YB (wakil rakyat) saya.

"Dahulu pun saya sudah maklumkan dengan Hajiji tanya dia, dia datang pergi rumah saya, saya ingat sebelum itu berlaku bila tanya ke rumah saya, tapi sebelum itu berlaku diambilnya YB-YB saya.

"Bagaimana saya boleh bekerjasama dengan orang yang (mengambil wakil rakyat)? Jadi mengukur manusia dengan kebenaran itu bukan hanya dengan cakap dan amalannya, (tapi) bercakap benar," katanya ketika ditemui pemberita selepas hadir pada majlis perasmian Persidangan Mesyuarat Agung Tahunan di Dewan Serbaguna Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pandangannya mengenai kenyataan pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bahawa kerjasama tidak semestinya dimulakan pada waktu Pilihan Raya Negeri (PRN) tetapi ia sepatutnya bermula sekarang.

Sebelum ini, Timbalan Setiausaha Agung GRS, Datuk Armizan Mohd Ali berpandangan jika ada parti yang ingin bekerjasama dengan gabungan tersebut ia sepatutnya dimulakan sekarang tanpa menunggu PRN berlangsung.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!