Suspek diburu kes pecah rumah ditahan, miliki 14 rekod lampau

Suspek pecah rumah dekat Jalan Laksamana Sunrise Park yang menjadi buruan polis akhirnya berjaya ditahan. Foto hiasan
Suspek pecah rumah dekat Jalan Laksamana Sunrise Park yang menjadi buruan polis akhirnya berjaya ditahan. Foto hiasan
A
A
A

KLUANG - Seorang suspek pecah rumah dekat Jalan Laksamana Sunrise Park di sini, pada Jumaat yang menjadi buruan polis akhirnya berjaya ditahan.

Lelaki berusia 39 tahun itu ditahan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang di tingkat empat, bangunan kosong di Jalan Dato Tan Seng Leong di sini pada jam 1.30 petang, Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Superintenden Nik Mohd Azmi Husin berkata, semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai 14 rekod lampau bagi kesalahan jenayah dan narkotik.

"Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

"Suspek kini direman selama enam hari bermula Ahad bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan.

Sebelum itu, media melaporkan seorang suspek pecah rumah ditemui mati, manakala dua lagi rakan sejenayah ditahan polis di sebuah rumah dekat Jalan Laksamana Sunrise Park di sini, dalam kejadian jam 7.12 malam, Jumaat.

Suspek yang mati ditemui dengan kesan kecederaan pada tangan kanannya dan punca kematiannya sedang disiasat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!