Bapa rantai dua anak gara-gara ambil duit beli makanan ringan

Keadaan kanak-kanak itu yang dirantai.
Keadaan kanak-kanak itu yang dirantai.
A
A
A

JAKARTA- Dua kanak-kanak dirantai dan dimangga oleh ayah kandung sendiri selepas mereka didapati mengambil wangnya sebanyak Rp50,000 (RM14) bagi tujuan membeli makanan ringan.

Peristiwa yang berlaku di Desa Jatiwangi, Kecamatan Jatiwangi, Majalengka baru-baru ini itu turut tular di media sosial.

Menurut Ketua Desa Desa Jatiwangi, Yuda Hendra Saputra, kejadian dipercayai berlaku pada 12 November lalu, yang turut dilihat warga setempat ketika kedua-dua kanak-kanak itu keluar dari rumah.

"Warga turut membantu memotong rantai itu semasa kanak-kanak itu sampai di rumah nenek yang memang berada berdekatan dengan rumah mereka," katanya kepada wartawan pada Ahad.

Sementara itu jurucakap polis Majalengka berkata, kes ini tidak akan dilanjutkan kerana perkara ini diselesaikan mengikut cara kekeluargaan melalui ketua desa.

Polis juga berharap perkara ini tidak berulang dan meminta supaya ayah kandung itu bertindak secara rasional.

Difahamkan tujuan ayah mereka bertindak sedemikian bagi memberi pengajaran kepada anak-anaknya supaya tidak membiasakan diri melakukan perbuatan yang dilarang.-Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!