Pegawai SPRM palsu lengkap berpistol, gari dicekup

Seorang lelaki yang dipercayai menyamar sebagai pegawai SPRM dicekup PGA Kuantan di kawasan Pasar Tasek Raja, Pasir Mas pada Ahad. Sepucuk pistol jenis Walther P88 lengkap bersarung serta berisi lapan butir peluru bersaiz sembilan milimeter (mm) dan seunit gari.

A
A
A

PASIR MAS - Seorang lelaki yang dipercayai menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dicekup Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan di kawasan Pasar Tasek Raja di sini pada Ahad.

Tangkapan terhadap Pegawai SPRM palsu itu dilakukan pada jam 11 pagi selepas menahan sebuah trak pikap jenis Toyota Hilux.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, hasil pemeriksaan terhadap kenderaan terbabit telah menjumpai sepucuk pistol jenis Walther P88 lengkap bersarung serta berisi lapan butir peluru bersaiz sembilan milimeter (mm) dan seunit gari.

PGA menemukan pelbagai peralatan serta barang seperti set drone, lambang pelbagai saiz serta baju kesemuanya berlambangkan SPRM.
PGA menemukan pelbagai peralatan serta barang seperti set drone, lambang pelbagai saiz serta baju kesemuanya berlambangkan SPRM.

"Kami turut menjumpai kad kuasa SPRM yang disyaki palsu di dalam beg silang milik suspek.

"Hasil siasatan lanjut, pada jam lebih kurang 11.30 pagi, satu serbuan telah dilakukan ke atas sebuah rumah di Kampung Kubang Pak Amin dan menemukan pelbagai peralatan serta barang seperti set drone, lambang pelbagai saiz serta baju kesemuanya berlambangkan SPRM," katanya pada Isnin.

Menurut beliau, turut dirampas wang tunai dan lain-lainnya dipercayai digunakan untuk penyamaran sebagai pegawai SPRM.

Artikel Berkaitan:

Trak pikap jenis Toyota Hilux yang dinaiki lelaki berkenaan.
Trak pikap jenis Toyota Hilux yang dinaiki lelaki berkenaan.

Ujarnya, anggaran nilai keseluruhan rampasan ialah RM111,592 dan kes disiasat bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan serta Akta Senjata Api.

Nik Ros Azhan memberitahu, suspek dan hasil rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan selanjutnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!