Dua lelaki dicekup cuba seludup 1,020 peket minyak masak subsidi

Dua lelaki dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup minyak masak bersubsidi ke negara jiran dicekup Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa di jalan Banggol Setol ke Mungkirim, Pasir Mas pada Ahad.
Dua lelaki dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup minyak masak bersubsidi ke negara jiran dicekup Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa di jalan Banggol Setol ke Mungkirim, Pasir Mas pada Ahad.
A
A
A

PASIR MAS - Dua lelaki dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup minyak masak bersubsidi ke negara jiran dicekup Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa di jalan Banggol Setol ke Mungkirim di sini pada Ahad.

Dengan penangkapan dua suspek berusia 26 dan 31 tahun itu pada jam 6.30 petang, PGA berjaya menyelamatkan 1,020 peket minyak masak daripada diseleweng.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, semasa penugasan Op Taring Wawasan, sebuah kereta jenis Proton Waja yang dipandu dalan keadaan mencurigakan telah ditahan.

PGA merampas pelbagai bungkusan plastik mengandungi makanan sejuk beku bernilai RM30,000 yang dipercayai diseludup dari Thailand tanpa dokumen yang sah di Kampung Gual Pasong Hantu, Rantau Panjang.
PGA merampas pelbagai bungkusan plastik mengandungi makanan sejuk beku bernilai RM30,000 yang dipercayai diseludup dari Thailand tanpa dokumen yang sah di Kampung Gual Pasong Hantu, Rantau Panjang.

"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 60 kotak minyak masak ditemukan di dalam kenderaan terbabit tanpa dokumen yang sah.

"Anggaran keseluruhan rampasan ialah RM2,550 dan kes disiasat bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya pada Isnin.

Menurut beliau, suspek dan barangan rampasan dibawa ke Balai Polis Jeram Perdah untuk tindakan selanjutnya.

Artikel Berkaitan:




PGA tahan lelaki rampas barangan runcit, beras

KOTA BHARU - Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu menahan seorang lelaki dan merampas pelbagai jenis barangan runcit serta beras dipercayai diseludup dari negara jiran dalam tiga serbuan berasing di Rantau Panjang dan Tanah Merah pada Ahad.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, semasa penugasan Op Taring Wawasan pada jam 8 pagi, PGA telah melakukan pemeriksaan terhadap sebuah kereta jenis Proton Waja tanpa pemandu yang ditinggalkan di tepi jalan di Kampung Tepi Sungai, Tanah Merah.

"Hasil pemeriksaan mendapati beberapa bungkusan beras dan beras pulut anggaran lebih 1000 kilogram (kg) dipercayai diseludup dari Thailand ditemukan di dalam kenderaan terbabit tanpa dokumen sah.

"Anggaran nilai rampasan bernilai RM4,500 dan kes disiasat bawah Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras Negara. Kesemua barangan rampasan dibawa ke Komtak (Kompeni Taktikal) PGA Rantau Panjang untuk tindakan lanjut," katanya pada Isnin.

Menurut beliau, pada jam 12.30 tengah hari PGA telah menahan seorang lelaki berusia 56 tahun dalam satu serbuan ke atas sebuah rumah di Kampung Gual Pasong Hantu, Rantau Panjang.

Ujarnya, hasil pemeriksaan menemukan pelbagai bungkusan plastik mengandungi makanan sejuk beku bernilai RM30,000 yang dipercayai diseludup dari Thailand tanpa dokumen yang sah.

Nik Ros Azhan memberitahu, kes disiasat bawah Seksyen 4(1) Akta Makanan 1983 dan barangan rampasan dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan selanjutnya.

"Rampasan ketiga pada jam 3.30 petang apabila anggota ternampak beberapa kotak dalam keadaan mencurigakan di tepi Sungai Golok di pangkalan haram Pasir, Rantau Panjang.

"Hasil pemeriksaan telah menemukan pelbagai bungkusan barangan runcit bernilai RM2,740 yang dipercayai diseludup dari Thailand," katanya.

Menurut beliau, kes disiasat bawah Seksyen 4(1) Akta Makanan 1983 dan barang rampasan dibawa ke Komtak PGA Rantau Panjang untuk tindakan selanjutnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!