60 individu dikejarkan ke pusat perubatan akibat kebocoran gas klorin

Mangsa kebocoran gas klorin menerima rawatan di pusat perubatan di Iran. Foto Agensi
Mangsa kebocoran gas klorin menerima rawatan di pusat perubatan di Iran. Foto Agensi
A
A
A

TEHRAN - Enam puluh individu di wilayah Isfahan, tengah Iran dikejarkan ke pusat perubatan selepas disyaki terhidu gas klorin pada Ahad, lapor Agensi Berita Republik Islam Iran (IRNA).

Kejadian kira-kira 1.40 tengah hari waktu tempatan (1010 GMT) berlaku apabila trak membawa membawa silinder gas klorin terbalik di jalan antara bandar di daerah Shahreza, 80 kilometer ke selatan ibu kota wilayah, Isfahan.

Ketua pengarah jabatan pengurusan krisis wilayah Mansour Shishehforoush dipetik sebagai berkata susulan kemalangan itu, pasukan penyelamat segera dikerah ke lokasi kejadian.

Menurut beliau, satu daripada silinder itu mengalami kebocoran menyebabkan 60 orang di kawasan berhampiran mengalami gangguan pada sistem pernafasan dan segera dikejarkan ke pusat perubatan. - Bernama-Xinhua

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!