Gamuda Land, Taylor’s Education Group kerjasama bawa pendidikan mampu milik

Teik Ngan (kanan) dan Wai Lune (kiri) mengukuhkan memorandum persefahaman menandakan perkongsian untuk membawa pendidikan swasta mampu milik ke perbandaran Gamuda dan masyarakat sekelilingnya.
Teik Ngan (kanan) dan Wai Lune (kiri) mengukuhkan memorandum persefahaman menandakan perkongsian untuk membawa pendidikan swasta mampu milik ke perbandaran Gamuda dan masyarakat sekelilingnya.
A
A
A

GAMUDA Land dan Taylor’s Education Group bekerjasama membawa pendidikan rendah dan menengah swasta lebih mampu dan mudah diakses oleh keluarga sekitar perbandarannya.

Ketua Pegawai Operasinya, Jess Teng berkata, perkongsian strategik itu bertujuan mewujudkan sekolah antarabangsa mampu milik seiring perkembangan kemajuan dan menawarkan pengalaman pendidikan holistik dengan harga berpatutan.

Menurutnya, permintaan pendidikan swasta yang semakin meningkat menyebabkan ramai ibu bapa menghadapi halangan termasuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah berprestasi tinggi.

“Menyedari cabaran ini,kami bekerjasama mencipta model pendidikan yang menghapuskan halangan tersebut dan menyediakan pendidikan dengan harga berpatutan dalam perbandaran Gamuda Land iaitu Taman Gamuda dan Gamuda Cove.

“Sekolah pertama di bawah kerjasama ini akan dilancarkan di Taman Gamuda, diikuti dengan rancangan untuk sekolah kedua di Gamuda Cove.

“Ia direka mengikut piawaian antarabangsa, selain menekankan pendekatan keseimbangan akademik, sukan, seni dan pembangunan sahsiah,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Gamuda Land, Chu Wai Lune; Ketua Pegawai Operasi Gamuda Land, Wong Siew Lee; Ketua Pegawai Eksekutif Gamuda Land, Chu Wai Lune; Pengarah Eksekutif Taylor's Education Group, Abby Lew Tong dan Presiden Taylor's Education Private Limited, Karl Engkvist.

Mengulas lanjut, menurut Jess, kerjasama itu juga merupakan lanjutan daripada misi mereka untuk membina komuniti mampan dan bertenaga.

Artikel Berkaitan:

“Pendidikan swasta yang mampu milik akan menyatukan penduduk di perbandaran kami selain meningkatkan pengalaman hidup bersama masyarakat di sekitar perbandaran Gamuda,” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Taylor’s Education Group, Datuk Loy Teik Ngan berkata, perkongsian tersebut akan menyumbang kepada pembinaan negara selain memupuk kesaksamaan, mampan sesuai dengan perkembangan dan kemajuan komuniti apabila pendidikan boleh diakses oleh semua pihak.

Tambahnya, mereka akan terus memberi tumpuan untuk memupuk pembelajaran sepanjang hayat, menanam rasa tanggungjawab kepada masyarakat dan melengkapkan pelajar dengan kemahiran berfikir kritis sebagai persediaan menghadapi cabaran pada masa hadapan.

"Di Taylor's, kami percaya bahawa setiap kanak-kanak berhak mendapat akses kepada pendidikan berkualiti.

“Melalui perkongsian bersama Gamuda Land, kita boleh membawa standard antarabangsa pendidikan kepada masyarakat secara meluas dan memperkasakan lebih ramai keluarga untuk memberikan anak-anak mereka kejayaan dalam dunia yang semakin berkembang pesat,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!