Sudah tiba masanya Bung Moktar berundur dari jawatan UMNO Sabah-G57

Bung Moktar, Zulkarnain
Bung Moktar, Zulkarnain
A
A
A

KOTA KINABALU - Sudah tiba masanya Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berundur daripada jawatannya untuk memimpin UMNO Sabah susulan keputusan beliau diperintah membela diri di Mahkamah Rayuan pada Isnin.

Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, pertubuhannya itu merasakan sudah tiba masanya Bung Moktar memberi tumpuan sepenuhnya kepada perbicaraan kes mahkamah yang dihadapi oleh beliau.

"Secara peribadi G57 berharap untuk melihat Bung Moktar bebas sepenuhnya dalam masa sama menghormati keputusan oleh mahkamah rayuan itu.

"Umum mengetahui Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan diadakan pada tahun hadapan, justeru ahli UMNO Sabah di peringkat akar umbi amat memerlukan kepimpinan yang mempunyai lebih masa bersama mereka," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Katanya lagi, sebagai bekas aktivitis UMNO beliau tidak menolak untuk kembali menyokong UMNO jika Bung Moktar meletak jawatan sebagai Ketua UMNO Sabah.

"Sebagai bekas aktiviti UMNO yang terlibat secara aktif membantu UMNO di Sabah sejak sekian lama, saya tidak menolak kemungkinan untuk kembali menyokong UMNO selepas Bung Moktar meletak jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Sabah," katanya.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Kinabatangan dan isterinya itu, Datin Seri Zizie Izette A Samad diperintahkan membela diri tiga pertuduhan rasuah RM2.8 juta, berhubung pelaburan RM150 juta Felcra dalam unit amanah Public Mutual Berhad.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!