Rumah kedai jadi stor simpan 1,347 kg daun ketum

Ku Mashariman (kanan) melihat daun ketum yang dirampas. Foto Sinar Harian/MOHD HALIM ABDUL WAHID
Ku Mashariman (kanan) melihat daun ketum yang dirampas. Foto Sinar Harian/MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah rumah kedai yang dijadikan sebagai stor penyimpanan daun ketum dan cecair kodein terbongkar selepas 11 lelaki ditahan di Taman Tan Yew Lai, di sini, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihaknya telah menahan kesemua suspek berusia 27 hingga 47 tahun itu pada jam 8.50 malam.

"Sepasukan anggota dari Unit Rondaan Bermotorsikal (URB) ternampak 11 lelaki itu sedang memunggah daun ketum di hadapan premis berkenaan.

Daun ketum yang dirampas. Foto Sinar Harian/MOHD HALIM ABDUL WAHID
Daun ketum yang dirampas. Foto Sinar Harian/MOHD HALIM ABDUL WAHID

"Kita turut merampas bungkusan plastik berisi daun ketum seberat 1,347 kilogram serta kotak mengandungi cecair kodein dianggarkan bernilai RM63,880," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, di sini, pada Isnin.

Ku Mashariman berkata, hasil siasatan awal mendapati salah seorang suspek bekerja sebagai pemandu lori terlibat dengan aktiviti pengedaran ketum sejak tiga bulan lalu.

"Mereka mendapat bekalan daum ketum daripada seorang lelaki dari negara jiran, bekalan itu kemudian dihantar Kuala Lumpur dengan kekerapan sekali seminggu," katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas sebuah lori jenis Hino.

Artikel Berkaitan:

"Ujian saringan awal mendapati kesemua suspek negatif dadah, mereka direman tujuh hari bermula Sabtu hingga Jumaat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!