METMalaysia keluarkan nasihat taufan ‘Man-Yi’

MetMalaysia pada Isnin mengeluarkan nasihat taufan ‘Man-Yi’ yang bergerak ke arah Barat Laut dengan kelajuan 20 kilometer sejam (km/jam) dan kelajuan angin maksimum 120km/j. Gambar hiasan
MetMalaysia pada Isnin mengeluarkan nasihat taufan ‘Man-Yi’ yang bergerak ke arah Barat Laut dengan kelajuan 20 kilometer sejam (km/jam) dan kelajuan angin maksimum 120km/j. Gambar hiasan
A
A
A

KOTA KINABALU - Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) pada Isnin mengeluarkan nasihat taufan ‘Man-Yi’ yang bergerak ke arah Barat Laut dengan kelajuan 20 kilometer sejam (km/jam) dan kelajuan angin maksimum 120km/j.

Dalam kenyataan pada Isnin, METMalaysia berkata, kedudukan taufan itu pada latitud 18.1 Utara dan longitud 118.3 Timur, kira-kira 229km ke Barat laut Vigan City, Filipina, dan jarak 1,257km ke Timur Laut Kudat, Sabah.

METMalaysia menjangka taufan itu tidak memberi kesan signifikan di Malaysia. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!