Kontraktor perkhidmatan kereta api didenda RM10,000 gagal patuh notis arahan

Sebuah syarikat pengusaha perkhidmatan kereta api didenda RM10,000 kerana gagal mematuhi notis arahan dikeluarkan JAS. - Gambar hiasan
Sebuah syarikat pengusaha perkhidmatan kereta api didenda RM10,000 kerana gagal mematuhi notis arahan dikeluarkan JAS. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Sebuah syarikat kontraktor bagi perkhidmatan kereta api didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin kerana gagal mematuhi notis arahan dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Syarikat yang beroperasi di daerah Marang itu turut berdepan tiga bulan penjara sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Hukuman itu diputuskan selepas wakil syarikat berkenaan mengaku bersalah sebaik pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut pertuduhan, syarikat tersebut didakwa gagal mematuhi Notis Arahan bagi mengambil apa-apa langkah untuk mengurangkan pencemaran iaitu dengan memastikan roda-roda jentera dan kenderaan yang keluar dari tapak projek dibersihkan terlebih dahulu sebelum memasuki jalan bagi mengurangkan impak pencemaran habuk dan debu terhadap orang awam.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di tapak projek berkenaan pada 4 Oktober tahun lalu.

Bagi kesalahan itu, syarikat terbabit didakwa mengikut Seksyen 31 (3), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum sebanyak RM25,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan kes itu dikendalikan Pegawai Pendakwa JAS, Yusnalis Yusoff manakala syarikat terbabit tidak diwakili peguam.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!