Sebutan semula kes pemandu wanita langgar pelajar UiTM Dungun 18 Disember

Norizan berdepan tuduhan cubaan membunuh sehingga mendatangkan kecederaan kepada seorang pelajar UiTM Dungun. Gambar fail Bernama
Norizan berdepan tuduhan cubaan membunuh sehingga mendatangkan kecederaan kepada seorang pelajar UiTM Dungun. Gambar fail Bernama
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Mahkamah menetapkan 18 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes pemandu wanita yang berdepan tuduhan cubaan membunuh sehingga mendatangkan kecederaan kepada seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun.

Tertuduh, Norizan Ismail, 49, tidak hadir ke Mahkamah Sesyen di sini bagi sebutan semula kes pada Isnin kerana masih menjalani rawatan mental.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nabihah Hanin Ayim selepas menerima permohonan pihak hospital untuk melanjutkan rawatan tertuduh.

Sebelum ini, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307 (1) Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen di sini.

Wanita tersebut didakwa atas pertuduhan cubaan membunuh sehingga mendatangkan kecederaan kepada seorang lagi pelajar UiTM Dungun dalam kejadian yang sama di Mahkamah Sesyen, di sini.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan cubaan membunuh sehingga menyebabkan kecederaan kepada Muhammad Ammar Danish Mohammad Ridhuan, 20 pada tarikh, hari dan masa yang sama.

Jika sabit kesalahan tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, dan jika perbuatan itu menyebabkan kecederaan kepada seseorang, boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli dan mahkamah mengarahkan tertuduh menjalani pemeriksaan psikiatri.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, tertuduh juga berdepan tiga pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Dungun.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!