DOSM, UniSZA meterai MoU dalam bidang statistic dan analitik data

Memorandum Persefahaman (MoU) berkenaan ditandatangani oleh Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin (kiri) dan Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr. Fadzli Adam
Memorandum Persefahaman (MoU) berkenaan ditandatangani oleh Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin (kiri) dan Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr. Fadzli Adam
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hari ini memeterai satu Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuhkan pembangunan kepakaran dalam bidang statistik, analitik data, serta pendekatan inovatif lain bagi memenuhi keperluan data semasa dan masa hadapan.

MoU berkenaan telah ditandatangani oleh Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin dan Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr. Fadzli Adam serta turut disaksikan oleh pegawai kanan kedua-dua institusi, menjadikan ia adalah MoU ke-25 yang dimeterai DOSM dengan institusi pengajian tinggi.

Menurut Mohd Uzir, antara bidang kerjasama yang dipersetujui melalui MoU itu ialah penganalisaan data, penyelidikan perkongsian penemuan baru, dan peningkatan mutu maklumat rasmi yang tertakluk kepada undang- undang.

MOHD UZIR
MOHD UZIR



Jelas beliau, MoU berkenaan turut menumpukan kepada pembangunan kapasiti insan. Melalui kerjasama ini, pelajar dan kakitangan UniSZA akan mendapat manfaat melalui latihan praktikal, program peningkatan kemahiran, serta pertukaran kepakaran.

“Selain itu, kedua-dua pihak juga akan membangunkan modul latihan dan kursus yang berkaitan dengan data dan statistik untuk memperkukuhkan kualiti tenaga kerja masa hadapan,” katanya.

Dalam konteks pemodenan statistik, Mohd Uzir turut memaklumkan beberapa inisiatif yang telah dilaksanakan seperti pelancaran kalkulator untuk pengiraan Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) bagi setiap daerah di seluruh negara yang boleh diakses melalui https://mypakw.dosm.gov.my/.

Katanya, DOSM turut menerbitkan laporan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mengikut daerah pentadbiran bagi 2015 hingga 2020 untuk dijadikan rujukan dalam merangka dan menilai pelan pembangunan di peringkat negeri serta daerah dengan lebih berstruktur. Perkongsian data bagi penerbitan tersebut boleh diakses melalui portal https://open.dosm.gov.my/.

Artikel Berkaitan:

Kerjasama tersebut dijangka memberi impak besar kepada pembangunan statistik dan penyelidikan di Malaysia, selaras dengan aspirasi negara untuk menjadi pemacu data dalam era ekonomi digital.

Mohd Uzir turut menyampaikan taklimat pada Program Executive Talk - Data and Statistics: Artificial Intelligence (AI) untuk warga UnisZA
Mohd Uzir turut menyampaikan taklimat pada Program Executive Talk - Data and Statistics: Artificial Intelligence (AI) untuk warga UnisZA



Selain majlis MoU itu, turut diadakan Program Executive Talk - Data and Statistics: Artificial Intelligence (AI) yang disampaikan oleh Mohd Uzir telah menjadi platform untuk warga UniSZA dan DOSM bertukar pandangan mengenai cabaran dan peluang dalam era pendigitalan, serta menjalin hubungan yang lebih erat bagi memperkukuhkan kerjasama dalam bidang inovasi data dan statistik.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!