PDRM umum pertukaran 21 pegawai kanan
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Isnin mengumumkan pertukaran 21 pegawai kanannya berkuat kuasa 16 Disember ini.
Setiausaha PDRM, Datuk Kamaruzaman Abdullah dalam kenyataan hari ini memaklumkan pertukaran antaranya melibatkan Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Seri Azmi Abu Kassim yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman.
Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Latihan/Peperiksaan/Kompetensi) Bahagian Latihan Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar akan dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman dengan memangku pangkat Deputi Komisioner (DCP).
"Turut bertukar, Timbalan Pengarah Narkotik (Penguatkuasaan/Pencegahan/Kepolisan Am) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (SAC) Mat Zani Che Ali yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi) JSJN Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP.
"Selain itu ACP Ketua Inspektorat Kejuruteraan Pasukan Gerakan Udara JKDNKA Bukit Aman, Asisten Komisioner (ACP) Che Bokhari Mohamad dilantik sebagai Timbalan Komander (Kejuruteraan) Pasukan Gerakan Udara JKDNKA Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC,” katanya.
Kamaruzaman berkata, Ketua Operasi Penerbangan Pasukan Gerakan Udara JKDNKA Bukit Aman, Asisten Komisioner Zaman Shah Omar pula dilantik sebagai SAC Gerakan Bahagian Gerakan JKDNKA Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.
Pertukaran turut melibatkan Timbalan Komander Pasukan Polis Marin (Kepolisan Am/Strategik/Siasatan) JKDNKA Bukit Aman, Asisten Komisioner Shamsol Kassim yang dilantik sebagai Komander Pasukan Polis Marin JKDNKA Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.
Pegawai Turus E3A1 Cawangan Khas Bukit Aman, Asisten Komisioner Goh Saw Khim pula dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E5 Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.
ACP Urus Setia Cawangan Khas Bukit Aman, Asisten Komisioner Gurcharan Singh Udham Singh pula dilantik sebagai Penolong Pengarah E9 Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.
"Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/ Perhubungan Antarabangsa) JSJN Bukit Aman, Asisten Komisioner Mohd Zaki Ashar dilantik sebagai Timbalan Pengarah Narkotik (Penguatkuasaan/ Pencegahan/ Kepolisan Am) JSJN Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.
"Pertukaran turut membabitkan Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Korporat/ Persatuan/ Syarikat) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Asisten Komisioner Muhamad Tarmizi Awang yang dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kedah dengan memangku pangkat SAC,” katanya. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!