NFDP A juara Piala Supermokh B-12

Aksi pemain NFDP A dan pemain Pattaya United dalam perlawanan akhir pada Isnin.
Aksi pemain NFDP A dan pemain Pattaya United dalam perlawanan akhir pada Isnin.
A
A
A

SKUAD Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) A merangkul gelaran kejuaraan dalam kategori bawah 12 (B-12) tahun Piala Supermokh 2024 selepas menewaskan Pattaya United 1-0 dalam perlawanan akhir pada Isnin.

Turun dengan misi mempertahankan gelaran kejuaraan musim lalu, skuad muda negara bermula garang menerusi beberapa gerakan yang menguji penjaga gawang lawan, Krhomkt Mangkasat.

Pemain tumpuan yang juga penyerang berbisa NFDP A, Badrul Hazim Hazmi terus memainkan peranannya mengucar-kacirkan benteng pertahanan lawan menerusi gerakan larian solo.

Usaha berterusan tuan rumah memburu gol akhirnya terhasil di penghujung masa kecederaan separuh masa pertama menerusi jaringan Muhammad Adam Zharif Zakaria pada minit ke-32.

Gol berpunca dari tindakan pantasnya yang menyambung hantaran rakan sepasukan sebelum melakukan rembatan kencang menewaskan Krhomkt Mangkasat untuk kedudukan 1-0.

Memasuki babak kedua, Pattaya United dilihat banyak menyerang hingga menyebabkan NFDP A lebih banyak bertahan.

Beberapa percubaan berbahaya menerusi ketua pasukan Pattaya United, Jirapat Tespan berjaya diatasi penjaga gawang NFDP A, Ahmad Faiq Furqun Ahmad Faisal yanh bertindak cemerlang memastikan gawang tidal dibocori.

Tahap disipilin yang tinggi dan pertahanan kental dipamerkan anak didik Abdul Ghani Malek memastikan keputusan 1-0 itu kekal sehingga tamat masa perlawanan.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, bagi penentuan tempat ketiga dan keempat pula dalam kategori yang sama, JDT Academy berjaya menewaskan NFDP B menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan.

Menerusi penentuan sepakan penalti, tuah nyata memihak JDT Academy apabila berjaya mengatasi lawan dengan keputusan 4-2.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!