MR D.I.Y. PLUS - Kedai konsep ‘Permata’ pertama di Johor Bahru

Alex Goh (tengah), menyempurnakan perasmian MR D.I.Y PLUS di The Mall, Mid Valley Southkey, di sini, pada Isnin.
Alex Goh (tengah), menyempurnakan perasmian MR D.I.Y PLUS di The Mall, Mid Valley Southkey, di sini, pada Isnin.
A
A
A

PERUNCIT perkakas rumah kegemaran rakyat Malaysia, Kumpulan MR D.I.Y. [M] Berhad, melancarkan kedai utama MR D.I.Y. PLUS terbaharu di The Mall, Mid Valley Southkey, di sini pada Isnin.

Ketua Kumpulan Pemasaran Kumpuan MR D.I.Y, Alex Goh berkata, pelancaran outlet MR D.I.Y PLUS itu tampil dengan konsep bertemakan ‘permata’ sebagai penghormatan kepada negeri Johor sebagai sebuah negeri yang progresif dan dinamik.

“Sebagai peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia dan jenama tempatan, kami sentiasa membawakan membawa konsep segar yang menarik perhatian pelanggan kami.

“Berdasarkan inspirasi ini, kami mencipta perjalanan peruncitan istimewa yang sekali gus akan turut merangsang pancaindera dan sekali gus meraikan semangat Johor.

Alex berbincang dengan kakitangan MR D.I.Y PLUS mengenai perancangan jualan
Alex berbincang dengan kakitangan MR D.I.Y PLUS mengenai perancangan jualan

“Justeru, perkembangan Johor Bahru yang pesat ketika ini menjadikan ia sebagai lokasi ideal untuk kedai utama kami ini dan kami berhasrat untuk menjadi lebih daripada sekadar peruncit; kami ingin menjadi sebahagian daripada komuniti ini, mencipta ruang yang mesra untuk warga Johor,” katanya dalam satu kenyataan media.

Terdahulu, Alex menyempurnakan pelancaran kedai utama MR D.I.Y PLUS ke 1,300 di Mid Valley Southkey yang menawarkan lebih daripada 17,000 produk daripada jenama-jenama Kumpulan MR D.I.Y melibatkan MR D.I.Y., MR. DOLLAR, MR. TOY dan EMTOP.

Aneka barangan boleh didapati di MR D.I.Y PLUS
Aneka barangan boleh didapati di MR D.I.Y PLUS

Artikel Berkaitan:

Mengembangkan tema ‘permata’, MR D.I.Y PLUS menampilkan pintu masuk megah berinspirasikan batu permata, dengan reka bentuk cermin, karya seni berlian merah delima dan corak geometri menjadikan setiap sudut di kedai utama MR D.I.Y. PLUS ini mencipta pengalaman yang benar-benar bermakna untuk setiap pengunjung.

Untuk rekod, jenama MR D.I.Y. dilancarkan pada 2005, diikuti MR TOY pada 2019, MR DOLLAR pada 2020, MR D.I.Y Express pada 2021 dan MR D.I.Y. PLUS pada 2022.

Kumpulan ini juga merupakan pemegang francais induk jenama EMTOP di Malaysia, dan membuka kedai EMTOP pertama pada tahun 2023.

Lebih banyak barangan boleh didapati di MR D.I.Y PLUS
Lebih banyak barangan boleh didapati di MR D.I.Y PLUS

Tambah Alex, MR D.I.Y PLUS di The Mall Mid Valley Southkey menyediakan pengalaman membeli-belah yang menarik, memenuhi keperluan harian, meraikan semangat Johor selain sentiasa menawarkan jualan pada harga rendah (Always Low Prices).

Katanya, kedai tersebut turut menampilkan tarikan pengalaman interaktif yang menarik seperti skrin LED interaktif dengan sensor pergerakan, ruang promosi khusus, ruang bengkel dan acara, zon ‘retailtainment’, taman permainan kekal, serta bilik seni infiniti kepada pengunjung.

“Secara keseluruhannya, MR D.I.Y. PLUS di The Mall, Mid Valley Southkey adalah kedai MR D.I.Y. PLUS terbaharu di negara ini...sebelum ini, kumpulan ini melancarkan kedai MR D.I.Y. PLUS yang pertama di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur pada tahun 2022.

Ruangan interaktif di MR D.I.Y PLUS
Ruangan interaktif di MR D.I.Y PLUS

“Oleh itu, sebagai sebahagian daripada sambutan pembukaan besar-besaran bagi kedai baharu ini, Kumpulan MR D.I.Y. telah menyediakan pelbagai aktiviti dan promosi menarik dari 18 hingga 24 November 2024.

Untuk maklumat lanjut mengenai MR D.I.Y. PLUS, layari laman web MR D.I.Y. di www.mrdiy.com, platform e-dagang di www.mrdiy.com.my, dan saluran media sosialnya di Facebook, Instagram, dan TikTok.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!