'Kembali ke sekolah, doakan saya' - Tunku Azizah

Tunku Azizah memuat naik gambar memegang kad pelajar menerusi akaun rasmi TikTok baginda @cmspahang
Tunku Azizah memuat naik gambar memegang kad pelajar menerusi akaun rasmi TikTok baginda @cmspahang
A
A
A

SHAH ALAM - Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkongsi berita gembira bahawa baginda kini kembali bergelar mahasiswa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Perkongsian tersebut dibuat menerusi akaun rasmi TikTok baginda @cmspahang pada Ahad.

Menerusi hantaran itu, baginda memuat naik gambar memegang kad pelajar yang tertera International Institute of Islamic Thought and Civilization.

“Kembali ke sekolah, doakan saya” titah baginda di ruangan kapsyen.

Pengumuman berkenaan turut mendapat perhatian daripada warga maya di Tik Tok dan mengharapkan dapat berjumpa dengan baginda.

"Tuanku, selamat menjadi mahasiswa IIUM. Semoga kita dapat bersua muka di mana-mana kuliyah nanti, amin,' kata Dilla J.

"Jangan lewat buat tugasan Tuanku," seloroh famin.

Dalam pada itu, UIAM turut berkongsi hantaran Tunku Azizah mengenai berita tersebut di laman Facebook mereka.

Artikel Berkaitan:

Baginda sebelum ini dilapor dilantik semula sebagai Ketua Perlembagaan UIAM bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa mulai 31 Januari lalu.

Pelantikan semula Tunku Azizah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (pada ketika itu).

Ia merupakan penggal kedua baginda menjawat jawatan berkenaan selepas dilantik bagi penggal pertama pada 2019.

Baru-baru ini juga Tunku Azizah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Seni Kreatif dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) atas sumbangan dalam memperkasa serta memartabatkan seni warisan budaya pada peringkat antarabangsa.

Anugerah itu disampaikan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Istiadat Konvokesyen UiTM kali ke-100 di Dewan Agung Tuanku Canselor, kampus induk UiTM, Shah Alam, Selangor pada Rabu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!