Laut bergelora dan angin kencang
Bot nelayan yang dinaikkan ke darat berikutan kebanyakan nelayan tempatan tidak ke laut untuk menangkap ikan ekoran angin kencang dan laut bergelora pada musim tengkujuh ketika tinjauan fotoBernama di Kampung Pulau Belongan hari ini.
Penduduk memasang pelepah kelapa di pekarangan rumah sebagai benteng bagi menghalang angin kencang mengenai rumah ketika tinjauan FotoBernama di Pantai Damat hari ini.
A
A
A
Berdasarkan analisis model-model cuaca luruan monsun dijangka berlaku sehingga 23 November 2024. Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan lebat berterusan di timur dan selatan Semenanjung serta timur Sabah dalam tempoh berkenaan.
Pada masa yang sama, angin kencang dan laut bergelora juga dijangka berlaku di Laut China Selatan.
MET Malaysia telah mengemas kini Amaran Hujan Berterusan (Buruk & Waspada) yang melibatkan negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka berkuat kuasa sehingga 23 November 2024.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!