Carlton Cardoba rangkul Tali Pinggang Sinar Harian

Carlton Cardoba. Foto SINAR HARIAN-ROSLI TALIB
Carlton Cardoba. Foto SINAR HARIAN-ROSLI TALIB
A
A
A

PETINJU Filipina yang mewakili kelab Taring Emas Filipina, Carlton Cardoba berjaya merangkul Tali Pinggang Sinar Harian dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam Kejohanan Grand Final Kuda Merah Muay Thai Challenge 2024 'King Of The Ring' di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Ahad.

Cardoba yang memiliki rekod 20 kali kemenangan menumpaskan petinju dari kelab Raff Teras Muay Thai, Mohd Hafiz Azam menerusi knockout (KO) seawal pusingan pertama.

"Lawan yang saya hadapi cukup bagus, tetapi saya nampak dia agak gementar ketika berada dalam gelanggang.

Muhammad Nasir (kanan) bersama Cardoba (dua dari kanan) yang memenangi Tali Pinggang Sinar Harian dan DBKL. Foto SINAR HARIAN-ROSLI TALIB
Muhammad Nasir (kanan) bersama Cardoba (dua dari kanan) yang memenangi Tali Pinggang Sinar Harian dan DBKL. Foto SINAR HARIAN-ROSLI TALIB

"Jadi, saya menggunakan peluang itu untuk menghabiskan perlawanan. Saya tidak mahu dia mengawal aksi tersebut dan saya perlu terus mengasak. Akhirnya ia berhasil.

"Dalam masa sama, saya gembira dengan peluang ini dan terima kasih kepada Kuda Merah yang menganjurkan acara ini dan mereka begitu komited dalam mencungkil bakat petinju," katanya kepada Sukan Sinar.

Adik ipar kepada juara ONE Championship Rodtang Jitmuangnon, Zaidania (tengah) yang menumpaskan lawannya Amisha Azrilrizal dari Ring Cruiser Gym Malaysia untuk merangkul Tali Pinggang CTDK dan Simplysiti. pertarungan adik ipar kepada juara ONE Championship Rodtang Jitmuangnon, Zaidania yang menumpaskan lawannya Amisha Azrilrizal dari Ring Cruiser Gym Malaysia untuk merangkul Tali Pinggang CTDK dan Simplysiti. Foto SINAR HARIAN-ROSLI TALIB

Cardoba nyata berada dalam kelas tersendiri apabila mengasak bertubi-tubi sebelum satu pukulan di muka menyebabkan Mohd Hafiz rebah.

Artikel Berkaitan:

Penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah.

Dalam pada itu, aksi perebutan tali pinggang lain menyaksikan Khuzairi Azim Kamal dari Respect Fighter PMKL menewaskan Juang Kadja Koro dari Indonesia untuk memenangi Tali Pinggang Menteri Komunikasi dan Sanny.

Antara aksi menarik yang ditonjolkan petinju pada kejohanan berkenaan. Foto SINAR HARIAN-ROSLI TALIB
Antara aksi menarik yang ditonjolkan petinju pada kejohanan berkenaan. Foto SINAR HARIAN-ROSLI TALIB

Tali Pinggang Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Rainizan Association pula menjadi milik Pich Kakada dari Red Wolves Muay Thai yang menewaskan Mohd Amirol Hakim dari Padi Mas Muay Thai.

Pertarungan antara Zaidania dan Amisha. Foto SINAR HARIAN-ROSLI TALIB
Pertarungan antara Zaidania dan Amisha. Foto SINAR HARIAN-ROSLI TALIB

Turut mencuri tumpuan pertarungan adik ipar kepada juara ONE Championship Rodtang Jitmuangnon, Zaidania yang menumpaskan lawannya Amisha Azrilrizal dari Ring Cruiser Gym Malaysia untuk merangkul Tali Pinggang CTDK dan Simplysiti.

Selain itu, petinju dari kelab Sor Thanakorn, Singtothong memenangi Tali Pinggang Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia dan Tourism Malaysia apabila menewaskan Mohd Shalihem Mohamad daripada Kuda Merah PDRM.

No Image Caption

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!