Bunuh jiran hanya kerana kenyit mata kepada isteri

Suspek berjaya ditahan di lokasi kejadian sementara mangsa dibawa ke hospital untuk tujuan bedah siasat. Foto Agensi
Suspek berjaya ditahan di lokasi kejadian sementara mangsa dibawa ke hospital untuk tujuan bedah siasat. Foto Agensi
A
A
A

JAKARTA - Seorang lelaki hilang kewarasan apabila membunuh jirannya dengan ganas hanya kerana cemburu.

Suspek yang juga merupakan Pegawai Negeri Sipil (PNS) di Aceh Tengah dikenali Ridwan, 52, membunuh jirannya, Risdian, 50, dengan 'menyembelihnya' sehingga mangsa hampir putus kepala.

Kejadian pembunuhan berlaku di Kampung Remesen, Kecamatan Silih Nara, Kabupaten Aceh Tengah, pada Sabtu lalu.

Menurut saksi kejadian, Wildan, 28, insiden bermula apabila isteri suspek, Rasidah, 28, keluar dari rumah dan melihat mangsa yang sedang menjemur biji kopi ketika itu.

"Kenapa kamu mengenyit mata kepada saya," kata Rasidah kepada suspek, seperti yang dicerita semula oleh Wildan.

Kenyataan Rasidah itu sekali gus menimbulkan kemarahan suspek yang dipercayai sekian lama menyimpan rasa cemburu kepada mangsa. Dia dipercayai menikam dan memotong leher mangsa hingga hampir putus.

"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian," demikian menurut Polis Aceh Tengah, Iptu Deno Wahyudi pada Ahad.

Suspek berjaya ditahan di lokasi kejadian sementara mangsa dibawa ke hospital untuk tujuan bedah siasat. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!