Mayat lelaki ditemui di tepi longkang
KUALA SELANGOR - Mayat seorang lelaki ditemui di tepi longkang di kawasan industri Alam Jaya, Puncak Alam di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Azaharudin Tajudin berkata, polis menerima maklumat mengenai penemuan mayat itu pada jam 8.25 malam.
Menurut beliau, siasatan awal polis mendapati mayat lelaki yang berada di atas rumput tepi longkang itu tidak menemui apa-apa kesan kecederaan fizikal atau dikaitkan dengan perlakuan jenayah.
"Mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tanjong Karang untuk proses bedah siasat bagi mendapatkan punca kematian," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Sehubungan itu, katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di talian 03-32891222 atau balai polis berdekatan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!