Ranking Harimau Malaya melonjak

Skuad negara berjaya meraih keputusan seri 1-1 ketika menentang India di Hyderabad. Foto FAM
Skuad negara berjaya meraih keputusan seri 1-1 ketika menentang India di Hyderabad. Foto FAM
A
A
A

KEDUDUKAN Harimau Malaya dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dijangka melonjak susulan kemenangan ke atas Laos dan seri menentang India dalam aksi persahabatan Tier 1 bulan ini.

Mengikut kiraan semasa tidak rasmi, Malaysia melonjak lima anak tangga daripada kedudukan 133 dunia ke kedudukan ke-128 dunia selepas dua perlawanan persahabatan tersebut.

Skuad negara mengumpul 2.97 mata selepas menewaskan Laos 3-1 di Bangkok Khamis lalu dan kemudian mengumpul tambahan 0.16 mata selepas seri 1-1 dengan India di Hyderabad pada Isnin.

Keputusan itu juga menyaksikan Malaysia buat masa ini telah berjaya memintas negara jiran, Indonesia yang sebelum ini kehilangan 2.93 mata selepas tewas 0-4 kepada Jepun dalam aksi Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.

Namun, pasukan Garuda itu boleh kembali berada di atas Malaysia sekiranya seri atau menang menentang Arab Saudi dalam satu lagi perlawanan Kelayakan Piala Dunia pada Selasa.

Kemas kini seterusnya ranking FIFA akan dilakukan pada 28 November ini dengan kedudukan dan mata masih boleh berubah.

Dalam pada itu, Malaysia dijangka terus kekal berada dalam balang 2 pada undian pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 yang akan berlangsung pada 19 Disember ini.

Ia selepas pasukan negara gagal untuk memintas mata ranking India dengan pasukan tersebut dijangka berada pada ranking ke-126 dunia selepas aksi persahabatan bulan ini.

Artikel Berkaitan:

Justeru, Malaysia akan berdepan cabaran diundi bertemu pasukan dari Balang 1 seperti seperti Syria, Tajikistan, Thailand, Vietnam dan Lubnan pada pusingan kelayakan tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!