Pahang antara empat negeri sertai MIHAS@Dubai

Wan Rosdy menghadiri Pameran MIHAS@Dubai yang turut disertai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Wan Rosdy menghadiri Pameran MIHAS@Dubai yang turut disertai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
A
A
A

KUANTAN - Pahang antara empat negeri yang membuat penampilan sulung dalam Pameran Halal Antarabangsa Malaysia di Dubai (MIHAS@Dubai).

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, penyertaan Pahang pada platform antarabangsa terkemuka yang mempromosikan industri halal global itu menunjukkan komitmen kerajaan negeri menyokong pertumbuhan usahawan di dalam industri halal dan membuka peluang kerjasama perniagaan baru peringkat global.

Menurutnya, ia juga langkah strategik untuk memasarkan produk halal negeri ini ke pasaran antarabangsa yang lebih luas.

"MIHAS@Dubai 2024 bertujuan memperkenalkan produk dan perkhidmatan halal Malaysia kepada pasaran Timur Tengah dan antarabangsa dijangka menarik penyertaan pemain industri daripada 73 negara.

"Diharapkan platform ini juga mampu memperluas rangkaian perniagaan, meningkatkan eksport, dan menarik pelaburan asing seterusnya menjadikan Negeri Pahang sebagai destinasi utama hub halal Malaysia," katanya melalui kenyataan pada Selasa.

Terdahulu, Wan Rosdy menghadiri Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) di Dubai yang turut disertai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan delegasi serta peserta dari Malaysia termasuk dari Pahang.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!