Polis tunggu laporan Puspakom
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunggu laporan Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) bagi membantu siasatan berkaitan kemalangan melibatkan kereta orang awam dengan kenderaan pasukan itu yang disyaki mengiringi orang kenamaan (VIP) di Kilometer 259 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), pada Sabtu.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kertas siasatan sedang dilengkapkan dan kesemua individu terbabit dalam kemalangan itu sudah dipanggil bagi merakam percakapan.
"Sebaik kertas siasatan dilengkapkan kita akan menghantar ke timbalan pendakwa raya (TPR) untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Sebelum ini, media melaporkan polis menerima laporan berkaitan kemalangan yang melibatkan dua buah kenderaan itu di Seremban, Negeri Sembilan.
Pada Ahad, tular video berdurasi satu minit empat saat yang memaparkan sebuah kenderaan petugas PDRM mengiringi VIP merempuh kereta jenis Proton Saga.
Rakaman tersebut memaparkan kereta pengiring itu dipandu laju sewaktu hujan sebelum melanggar bahagian belakang Proton Saga berkenaan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!