MAINJ bantu persekolahan lima beradik yatim piatu

Mohd Firdaus ( kanan) menziarahi keluarga lima beradik yatim piatu yang kematian Ibu bapanya di Flat Taman Cendana, Pasir Gudang.
Mohd Firdaus ( kanan) menziarahi keluarga lima beradik yatim piatu yang kematian Ibu bapanya di Flat Taman Cendana, Pasir Gudang.
A
A
A

PASIR GUDANG - Nasib lima beradik yang menjadi anak yatim piatu setelah ibu dan bapa mereka maut dirempuh pemandu mabuk dalam kemalangan jalan raya, Sabtu lalu mendapat perhatian Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

Amil Baitulmal Johor Bahru, Mohd Firdaus Abdul Hamid berkata, MAINJ memberi bantuan saraan bulanan sebanyak RM500 kepada nenek atau datuk yang mengambil tanggungjawab menjaga lima beradik ini.

Mohd Firdaus menyampaikan sumbangan kepada datuk lima anak yatim piatu yang kematian Ibu bapanya di Flat Taman Cendana Pasir Gudang.
Mohd Firdaus menyampaikan sumbangan kepada datuk lima anak yatim piatu yang kematian Ibu bapanya di Flat Taman Cendana Pasir Gudang.

Menurutnya, MAINJ juga akan membantu bayaran bulanan sewa rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang didiami keluarga ini selagi mereka mendapat bantuan saraan bulanan.

"Selain itu anak-anak ini juga akan diberi bantuan awal persekolahan dan keperluan bantuan hari raya.

"MAINJ juga memberi bantuan awal kepada keluarga ini dengan bungkusan makanan dan wang tunai bernilai RM500," katanya ketika ditemui semasa ziarah MAINJ di kediaman nenek mereka, Ramlah Kasiran di Flat Taman Cendana.

Sabtu lalu, pasangan suami isteri, Mohd Ridzwan Mohd. Rudi, 37, dan Linda Mohd A Aziz, 35, maut di lokasi kejadian selepas motosikal Honda Vario yang ditunggang dirempuh pemandu mabuk di Jalan Besar/ Jalan Mesjid di sini, kira-kira jam 4 pagi.

Pasangan itu meninggalkan lima anak iaitu Nur Aleesha Aindah Abdullah, 17, (orang kurang upaya); Muhammad Ikmal Abdullah; Nur Shahkira, 14; Nur Shahmira, 12, dan Nur Aisyah Humairah, 3.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, kerajaan negeri melalui MAINJ akan membantu anak-anak ini membina masa depan mereka.

"Mereka diuji dengan kematian ibu dan ayah akibat kemalangan, ketika ini mereka tinggal bersama nenek dan datuk. Selain bantuan saraan, bantuan pelajaran dan bantuan musim perayaan Insya-ALLAH MAINJ akan membantu," katanya ketika dihubungi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!